in

Dokumentari ROCK KAPAK Papar Evolusi Muzik Rock Tempatan

Sebut sahaja ‘Rock Kapak’ pasti nama seperti Search, Wings, Lefthanded , XPDC dan sebagainya menjadi bualan di bibir setiap peminat setia muzik rock lagenda tanah air. Bukan sahaja di tanah air, malah muzik berirama Rock tidak pernah padam sehingga ke hari ini.

Bagi mengimbau nostalgia evolusi muzik rock tempatan, Radio Televisyen Malaysia (RTM) bakal menerbitkan sebuah dokumentari hiburan yang memaparkan kisah industri muzik berentak rock yang telah mencorak landskap muzik tanah air di era 80an dan 90an. Fenomena tiga tahun dahulu dimana irama balada genre rock masih lagi kedengaran dan diterima masyarakat hingga ke hari ini.

kumpulan XPDC

Dokumentari Rock Kapak Papar Evolusi Muzik Rock Tempatan Mulai 22 November Ini Di TV1

Perjalanan muzik rock akan dikongsi menerusi sebuah dokumentari bertajuk “Rock Kapak” akan disiarkan mulai 22 November 2016, setiap hari Selasa, pukul 10.30 malam di TV1. Dokumentari 13 episod ini memaparkan permulaan penubuhan kumpulan-kumpulan Rock Kapak dan sejarah kejayaan mereka. Semestinya muzik rock mempunyai keunikan yang tersendiri yang turut dikongsi oleh penyanyi, penggubah lagu dan penulis lirik menerusi setiap episod yang dihoskan oleh pengacara Erwin Shah Dawson.

Antara lagenda Rock Kapak yang popular ialah Search, Wings, Ella & The Boys, XPDC, Lefthanded, Sweet Charity, Rusty Blade, Bumiputera Rockers, Gersang, Black Rose dan ramai lagi. Dalam episod pertama “Rock Kapak” akan memaparkan sebuah kumpulan yang sememangnya dikenali oleh peminat lagu-lagu rock tempatan iaitu BUMIPUTERA ROCKERS (BPR). Awang BPR selaku pemain gitar utama dan Enal sebagai pemain drum kumpulan, menceritakan kisah awal penubuhan dan perjalanan kumpulan mereka dan bagaimana terciptanya nama Bumiputera Rockers. Turut dipaparkan sedutan beberapa buah lagu popular kumpulan BPR yang akan didendangkan oleh penyanyi undangan Anas Ridzuan bersama Ratu Band dengan lagu bertajuk “Harum Subur Dihati”.

Pelbagai informasi dan kisah yang mengimbau kenangan lagenda Rock Kapak turut dikongsi menerusi setiap episod . Antaranya kumpulan LEFHANDED yang diterajui oleh Dato’ Nash, Man Kidal, pemain gitar yang tidak asing lagi. Pernah dinobatkan Juara Rock tahun 1983, Lefthanded sentiasa memenuhi citarasa penggemar muzik rock tanah air.

Episod tiga bersama kumpulan MAY yang membawa genre muzik rock dengan imej Heavy Metal. Lagu bertajuk “Sendiri” merupakan lagu yang popular sewaktu ketika dahulu dan akan dipersembahkan oleh penyanyi undangan. Siapa tidak kenal dengan Dato’ Ramli Sarip, vokalis kumpulan SWEET CHARITY bersuara serak dan dianggap pencetus muzik rock yang berasal dari Singapura. Dendangan lagu “Kamelia” pastinya memukau penonton pada episod keempat kali ini.

Ikuti episod seterusnya, iaitu episod 5 dari kumpulan GERSANG, episod 6 (IKLIM), episod 7 (SLAM), episod 8 (EKAMATRA), episod 9 (BLOODSHEED), episod 10 (XPDC), episod 11 (BLACKROSE), episod 12 (WINGS) dan episod 13 (SEARCH) menerusi dokumentari “Rock Kapak”, bermula 22 November ini, setiap hari Selasa, pukul 10.30 malam di TV1.

kumpulan Wings sewaktu ketika dahulu

Ramli Sarip

kumpulan search dahulu

Bagi yang tidak berpeluang menonton di kaca TV. Anda boleh melayari portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga boleh ditonton melalui aplikasi rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Apple Music Memilih Anatomi Faizal Tahir Album Terbaik 2016

Afdlin Shauki Lancar E-Komik BOBOI