in ,

Afdlin Shauki Lancar E-Komik BOBOI

Vision Works (M) Sdn Bhd, sebuah syarikat produksi filem, televisyen dan teater yang di asaskan oleh pengarah dan penghibur yang tidak asing lagi, Afdlin Shauki, yang telah membawa kepada anda filem-filem seperti Sumolah, Pontianak vs Orang Minyak, Berani Punya Budak, Papadom, serta rancangan televisyen seperti Redah Kasi Pecah, Super Spontan Super Star dan produksi teater seperti Actorlympics, Baik Punya Cilok dan Mahaguru Spontan.

Afdlin Shauki Lancar E-Komik BOBOI

Komik merupakan salah satu sumber inspirasi daripada Afdlin Shauki ketika muda sehingga beliau pernah terfikir untuk menjadi seorang pelukis komik suatu ketika dahulu. Walaupun beliau tidak dapat merealisasikan impian itu kerana memilih untuk memasuki dunia hiburan arus perdana, walaubagaimanapun minatnya dalam dunia komik tidak pernah pudar. Seiring dengan perubahan masa dan peningkatan teknologi masa kini, pasaran komik yang diterbitkan secara fizikal semakin merudum kerana sambutan pembaca yang semakin kurang. Masyarakat kini yang lebih minat membaca kandungan hiburan pada alat peranti mereka, satu alternatif inovasi diperlukan untuk memastikan penerbitan komik tidak terus pupus.

Dengan adanya teknologi baru, kami melahirkan cetusan idea inovatif dengan membawakan hiburan komik ke dunia aplikasi menggunakan Sistem Operasi Android dan IOS (iPhone Operating System).

Bagi memastikan pembacaan komik sentiasa segar, kami telah membangunkan Aplikasi E-Komik BOBOI sebagai medium pembacaan komik alternatif kepada komik konvensional. Melalui E-Komik BOBOI pembaca boleh memuat turun aplikasi ke peranti telefon mereka dan membeli komik secara bulanan atau melanggan terus untuk 12 keluaran.

Apa yang menariknya didalam E-Komik BOBOI, pengguna boleh membaca komik dengan membuka setiap halaman muka surat seperti kaedah komik konvensional, bukan itu sahaja, di E-Komik BOBOI pengguna boleh menikmati animasi 2D bagi setiap kandungan cerita yang ditawarkan berdurasi 1 minit sehingga 4 minit bagi setiap tajuk cerita.

Aplikasi yang dibangunkan menggabungkan pembacaan konvensional dan paparan animasi 2D merupakan yang pertama di Malaysia seumpamanya. Selain daripada itu kami juga menawarkan ruang pengiklanan kepada mereka yang berminat dimana iklan yang dipaparkan tidak hanya imej statik malah mereka boleh menonton iklan dalam bentuk video dengan hanya satu butang aplikasi yang diklik pada imej iklan mereka.

E-Komik BOBOI adalah satu platform yang dibangunkan dengan matlamat untuk memastikan industri komik tanah air sentiasa relevan dan kompetitif, aplikasi ini diharap dapat menjadi satu alternatif terbaik kepada penggemar komik untuk terus membacanya mengikut kesesuaian dan peredaran zaman.

Afdlin Shauki Lancar E-Komik BOBOI

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dokumentari ROCK KAPAK Papar Evolusi Muzik Rock Tempatan

MTV Siar Muzik Video Lagu Lady Gaga MILLION REASONS