in ,

Apple Music Memilih Anatomi Faizal Tahir Album Terbaik 2016

Berita gembira yang Budiey terima pada hari ini, sama-sama kita ucapkan tahniah buat Faizal Tahir di mana album Anatomi yang dilancarkan pada 4 November lalu telah dinobatkan sebagai salah satu nashkah terbaik sepanjang 2016 oleh Apple Music. Bravo!

Dalam satu kenyataan dikeluarkan oleh syarikat rakaman Warner Music Malaysia, pemilihan itu menjadikan Faizal sebagai artis Melayu pertama dipilih oleh Apple Music di kalangan ribuan album antarabangsa.

Anatomi Faizal Tahir

“Ia satu penghormatan besar buat Faizal Tahir walaupun kulit album tersebut pernah menjadi kontroversi ketika ia dilancarkan baru-baru ini.

“Adalah menjadi kebanggan buat Malaysia kerana album ini adalah album yang dihasilkan oleh seorang anak Melayu dan pertama mendapat pengiktirafan daripada Apple Music sebagai antara album terbaik 2016.”

Anatomi menampilkan tujuh lagu termasuk single Assalamualaikum, Sayang, Sejati dan Setia.

Tiga lagi lagu baru yang dimuatkan ialah Suriram, Menang dan Bukan Yang Pertama di samping Dirgahayu, Negaraku dan tiga versi Assalamualaikum iaitu versi Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 (ABPBH2014), Anugerah Juara Lagu ke-30 (AJL30) dan akustik.

Album ‘Anatomi’ oleh Faizal Tahir ini merupakan sebuah edaran oleh Warner Music Malaysia Sdn Bhd.

Album ‘Anatomi’ ini juga boleh didapati menerusi digital platform iTunes:

https://itunes.apple.com/my/post/idsa.c6cf9ce0-bfcb-11e6-ac1c-e04a1a1142cd

https://itunes.apple.com/my/album/anatomi/id1164169860

Anatomi Faizal Tahir

Faizal Tahir Anatomi Cover Album Kulit

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Teater DIA SEMANIS HONEY MUZIKAL di Istana Budaya

Dokumentari ROCK KAPAK Papar Evolusi Muzik Rock Tempatan