in , ,

Cerana Biduk Bu Merah Filem Pertama Diterbitkan Goldhill Pictures Sdn Bhd

Cerana Biduk Bu Merah temui penonton Di Pawagam bermula 12hb Oktober 2023 *Filem Cerana Biduk Bu Merah merupakan sebuah filem genre seram yang diterbitkan oleh Goldhill Pictures Sdn Bhd.

Filem Cerana Biduk Bu Merah bakal ditayangkan pada 12 Oktober 2023 dipawagam seluruh negara termasuk Brunei dan Singapura.

Penerbit Goldhill Pictures Sdn Bhd , En Haizul Anafer Ali berpendapat , filem Cerana Biduk Bu Merah ini wajib menjadi tontonan umum kerana banyak mesej dan pengajaran yang ingin disampaikan. 

Segelintir masyarakat mulai alpa dengan duniawi, rakus ingin mencapai kejayaan , ghairah dengan keseronokan dan keindahan dunia yang sementara sehingga terlupa beban syurga dan neraka yang menanti. 

Justeru itu saya menyeru untuk menonton Filem Cerana Biduk Bu Merah ini , kerana selain wadah hiburan ia menyelitkan natijah perbuatan syirik , saka , semangat dan spiritual yang masih berleluasa dalam masyarakat kita.Semoga filem ini dapat memberikan impak kesedaran rohani dan spritual yang besar . 

Filem Cerana Biduk Bu Merah arahan Haizul Anafer Ali dibarisi pelakon popular dan hebat tanah air antaranya Fasha Sandha, Pekin Ibrahim , Wan Hanafi Su, badrul Muhayat, Sarah Daewoo ,Pyan Kepoh dan ramai lagi.

Filem yang menjalani penggambaran di beberapa lokasi menarik di negeri Perak. 

Semoga Goldhill Pictures Sdn Bhd akan terus menghasilkan karya-karya bermutu pada masa akan datang Insyallah . Kerjasama dan sokongan daripada para wartawan amatlah dialu-alukan bagi memastikan hasrat, visi dan misi dicapai kelak.

Cerana Biduk Bu Merah Filem Pertama Diterbitkan Goldhill Pictures Sdn Bhd
Poster Rasmi Cerana Biduk Bu Merah

SINOPSIS CERANA BIDUK BU MERAH

Seorang wanita tua Bu Merah yang dipinggirkan oleh orang kampung tinggal sendirian di sebuah rumah pusaka, menyelamatkan seorang gadis yang cuba dirogol bernama Sofia. Bu Merah biar pun tua, tapi kulitnya tidak berkedut ,malah dia sentiasa kelihatan cantik. Penjaga Cerana Biduk yang berpuaka menjadikan Bu Merah sentiasa cantik dan muda. 

Takdir menentukan, Sofia adalah warisnya yang dilarikan oleh anak dan menantunya. Menantu dan anaknya telah melarikan diri kerana bimbang dibunuh oleh penunggu cerana Biduk. Saka Cerana Biduk tinggalan suami menyebabkan Bu Merah hidup terseksa.

Kehadiran Sofia menyedarkan Bu Merah . Cerana Biduk perlu dibunuh demi menyelamatkan warisnya Sofia dari mewarisi Cerana Biduk yang mencari penyambungnya . 

Berjaya kah Bu Merah membuang saka dan semangat Cerana Biduk saksikan Filem Cerana Biduk Bu Merah dipawagan anda.

PELAKON FILEM CERANA BIDUK BU MERAH

Fasha Sandha –  Bu Merah

Pekin Ibrahim –  Imran

Wan Hanafi Su –  Hj Rusli

Sara Daewoo –  Sofia 

Badrul Muhayat –  Husin Belati

Pyan Kepoh –  Haikal

SENARAI KARYAWAN

Terbitan  –  Goldhill Pictures Sdn Bhd

Penerbit –  Haizul Anafer Ali 

Penerbit Eksekutif –  Azlin Rahim & Fatimah Nordin

Pengarah –  Haizul Anafer Ali

Penolong Pengarah –  Lenny Merlina

DOP –  Kamarul Arif

Special Effect –  Jlo

Pengurus Produksi –  Zalman Azreen Bin Zainal Azlan

Pengarah Seni –  Abd Wahid Idris 

Make Up –  Shah Peel

Still Photo –  Wan Khairul

Konti –  Zainudin Muhamad

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

SUFI RASHID

Jom Sama-Sama Healing di Konsert Galau Singapura, Ramai Penyanyi Ternama!

SHILA AMZAH

PA Berang Dipanggil Balaci, Gelar Adik Shila Amzah Gangster Langat