in

Bulan SUPERHERO di 8TV

Bulan ‘SUPERHERo’ November ini di 8TV!

Kehidupan seorang ‘Superhero’ sememangnya diidam-idamkan oleh orang ramai. Mempunyai kuasa luar biasa dan sut khas yang canggih, menjadikan ‘Superhero’ sebagai idola dan penyelamat masyarakat. Bulan November ini, 8TV akan menghidangkan filem-filem aksi ‘Superhero’ untuk memenuhi slot Popcorn N’ Wednesdays!

ultimate-ironman

THE ULTIMATE AVENGERS-THE MOVIE
TARIKH SIARAN: 3 November 2010
MASA: 10.00 malam

Hanya seorang lelaki yang dapat menyelamatkan orang ramai dari kuasa jahat. Hanya seorang lelaki yang terselamat dari letupan nuclear. Hanya seorang lelaki yang terselamat dari mati kesejukan di lautan North Atlantic. Hanya seorang lelaki yang dapat menyelamatkan kita semua dan orang itu ialah Captain America! Apabila dunia diserang oleh kuasa jahat yang sangat kejam, Captain America kembali untuk bergabung dan mengetuai sebuah kumpulan ‘Superhero’ yang dianggotai oleh The Hulk, Giant-Man, Black Widow, Wasp, Thor dan Iron Man! Avengers akan membantu manusia menentang kuasa jahat di dunia!

THE ULTIMATE AVENGERS-THE RISE OF THE PANTHER
TARIKH SIARAN: 10 November 2010
MASA: 10.00 malam

Jangan takut kerana Avengers ada di sini! Hero-hero hebat ini akan berganding bahu membantu menyelamatkan dunia dari kekejaman kuasa jahat. Dalam file mini, kumpulan Avengers terpaksa berdepan dengan serangan makhluk asing yang cuba menakluk dunia. Mampukah Kumpulan Avengers ini menyelamatkan dunia dari serangan makhluk asing ini? Segalanya akan terjawab dalam filem The Ultimate Avengers: The Rise of The Panther.

dr strange

MARVEL- IRON MAN
TARIKH SIARAN: 17 November 2010
MASA: 10.00 malam

Adakah anda tahu asal usul Iron Man? Inilah filem yang perlu anda tonton untuk mengetahui misteri di sebalik sut besi milik Iron Man itu. Cerita bermula apabila jutawan terkenal Tony Stark membongkar misteri sebuah Dinasti Cina yang menakutkan. Semenjak penemuan itu, kehidupan Tony Stark tidak lagi aman dan beliau terpaksa mereka satu sut khas yang diperbuat daripada besi yang menjadikan beliau Iron Man.

MARVEL-DR. STRANGE (siri animasi)
TARIKH SIARAN: 24 November 2010
MASA: 10.00 malam

Jangan ke mana-mana kerana anda bakal menyaksikan perjalanan sebuah magis, sihir dan sumpahan bakal bermula. Apabila kuasa jahat telah menguasai sebuah empayar, Dr. Stephen Strange terpaksa mendaki gunung Tibetan untuk mendapatkan penawar di Ancient One. Namun Dr. Strange terpaksa melepaskan kuasa di dalam badannya bagi membolehkan luka-luka sembuh. Dr. Strange terpaksa menempuh dan bergelut dengan kuasa jahat bagi misi menyelamatkan dunia. Saksikan filem menarik ini eksklusif di 8TV!

“Kepada sesiapa yang menggemari filem aksi dan penggila komik, inilah peluang anda untuk menyaksikan filem-filem ‘Superhero’ kegemaran anda. 8TV membawakan bulan ‘Superhero’ untuk memenuhi slot ‘Popcorn N’ Wednesday’ sepanjang bulan November ini,” ujar Lam Swee Kim, Pengurus Besar 8TV.

Kim menambah “Filem-filem penuh aksi ini pasti membuat anda tidak mahu meninggalkan tempat duduk anda kerana ia padat dengan aksi dan jalan cerita yang cukup menarik. Jangan ketinggalan untuk menyaksikan ‘Superhero’ kegemaran anda di saluran hip 8TV!

Saksikan ‘Superhero’ kegemaran anda menentang kuasa-kuasa jahat dalam misi menyelamatkan dunia eksklusif di 8TV setiap Rabu, 10.30 malam bermula 3 November 2010. Anda juga boleh menonton 8TV di saluran 708 Astro. Program-program 8TV boleh juga ditonton menerusi Catch Up di laman sesawang www.8tv.com.my / www.tonton.com.my.

Jika anda terlalu sibuk, anda masih boleh menonton program kegemaran anda dengan melayari mobile.8tv.com.my di telefon bimbit anda! Selamat menonton!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dokumentari Inside Mecca Di TV1

Menghayati Erti Korban & Pengorbanan di TV3