in

BOY MEETS WORLD

BOY MEETS WORLD

Satu lagi edisi baru bagi program drama bersiri tahun 90-an dari 8TV selepas Beverly Hills, kami membawakan anda satu lagi hit drama bersiri dari tahun 90-an, Boy Meets World!

Mari kita pulang ke zaman persekolahan dan kegembiraan yang dinikmati ketika zaman remaja dengan Boy Meets World di 8TV, bermula 25hb Ogos 2008 jam 12.15pagi!

“Saya amat meminati siri Boy Meets World! Jika diingat zaman remaja dahulu saya selalu tidur lewat untuk menonton siri ini. Saya berasa amat pasti bahawa penonton pasti akan menyukai siri ini juga kerana ia mempunyai kesemua elemen – elemen untuk sebuah drama bersiri yang hebat – pengembaraan, kegembiraan, gelak tawa dan keseronokkan,” kata Cik Lam Swee Kim, Pengurus Besar Pengurusan Penjenamaan, Pembangunan Perniagaan, Pemasaran dan Komunikasi 8TV,

“Boy Meets World menceritakan tentang kehidupan seorang remaja lelaki yang penuh perasaan ingin tahu tentang dunia kehidupan remaja dan juga perhubungan sesama kawan diwaktu persekolahannya,” tambahnya.

Siri ini mendapat sambutan hangat di tahun 90-an sehingga menggondol beberapa anugerah seperti Young Artist Award, Young Star Award dan Kids Choice Awards.

Boy Meets World mengemukakan 23 episod yang menceritakan tentang kejadian dan ujian dalam kehidupan Cory Matthews (Ben Savage). Cory ialah seorang yang amat bijak dan mempunyai sifat ingin tahu dan sering mencari-cari imej dan ingin faham tentang kehidupan.

Cory merupakan anak kedua dan mempunyai hubungan yang rapat dengan  keluarga.  Beliau sering bersengketa dengan abang dan adik perempuannya. Cory juga harus tinggal bersebelahan dengan guru darjah enamnya yang amat mementingkan kesempurnaan iaitu En. Feeny (William Daniels), yang selalu menyoal Cory dengan bermacam-macam soalan ketika di dalam kelas serta sering mendorong Cory untuk mencari jawapan.  En. Feeny juga seorang yang garang dan sering memarahi Cory yang terkenal dengan sikap yang nakal.

Apakah yang akan dipelajari Cory di zaman persekolahannya? Bolehkah dia menyesuaikan diri dalam kehidupan sekolah?

Untuk mengetahui bagaimana Cory menjalankan kehidupan sebagai seorang remaja, jangan lupa menyaksikan Boy Meets World hanya di 8TV bermula pada 25hb Ogos 2008 jam 12.15pagi. 8TV juga disiarkan melalui saluran alternatif di Astro Saluran 708.

Episodic rundown  for Boy Meets World Year 2

1.   Back 2 School” – Episode #23
2.   The Uninvited” – Episode #24
3.   Pairing Off” – Episode #25
4.   Notorious”- Episode #26
5.   Wake Up, Little Cory” – Episode #27
6.   Me and Mr. Joad” – Episode #28
7.   The Beard” – episode #29
8.   Who’s Afraid Of Cory Wolf. ” – episode #30
9.   Band on the Run” – episode #31
10. Fear Strikes Out” – episode #32
11. Sister Theresa” – episode #33
12. Turnaround” – episode #34
13. Cyrano” – episode #35
14. I Am Not A Crook” – Episode #36
15. Breaking Up Is Really Really Really Hard To Do” – Episode #37
16. Danger Boy” – Episode #38
17. By Hook Or By Crook” – Episode #39
18. On The Air” – Episode #40
19. Wrong Side Of The Tracks” – Episode #41
20. Pop Quiz” – Episode #42
21. Career Day” – Episode #43
22. Home” – Episode #44
23. The Thrilla In Phila” – Episode #45

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kuza, Zila Bakarin, Sabri Yunus, Suhaimi Kaswan Dalam Drama Iradat

Sekitar Majlis Perlantikan Awal Ashaari Sebagai Duta DOT RED