in

Kuza, Zila Bakarin, Sabri Yunus, Suhaimi Kaswan Dalam Drama Iradat

‘IRADAT’ HIASI SLOT SUTERA DI RTM1 BERMULA 8 SEPTEMBER INI.

Balasan pahala dijanjikan bagi mereka yang tidak jemu-jemu melakukan kebajikan. Manakala dosa menanti mereka yang tidak serik-serik melakukan kejahatan. Namun begitu, pintu taubat itu sentiasa terbuka buat insan yang jauh di sudut hatinya tersimpan penyesalan untuk kembali ke pangkal jalan. Bermula 8 September ini, slot Sutera akan mempertaruhkan drama bersiri ‘Iradat’ sebanyak 13 episod buat tatapan penonton setia RTM1. ‘Iradat’ bakal menggantikan drama ‘Selembut Sutera, Kilauan Mutiara’.

‘Iradat’ berkisar tentang sebuah kisah realiti masyarakat tentang seorang penjenayah bernama Zack dan juga seorang peguam bernama Zaidi. Segalanya bermula apabila Zack diberkas ketika cuba mencuri sebuah kereta. Sebagai seorang ketua kumpulan penjenayah, Mansor telah mengupah peguam terbaik, Zaidi bagi membela anak buahnya. Zaidi mengenakan bayaran yang tinggi dan sebagai balasan Zaidi memenangi kes tersebut.

Kejayaan itu membuat Zaidi lupa diri dan banyak menghabiskan masa lapangnya dengan berfoya-foya dengan gadis-gadis. Dalam masa sama muncul seorang peguam bernama Nora dalam hidup Zaidi yang sanggup melakukan apa sahaja untuk mendampingi Zaidi. Situasi ini mengakibatkan hubungan mereka berdua jauh terpesong.

Ibu bapa Zaidi begitu bimbang dengan melihat tingkah-laku Zaidi yang semakin tenggelam dibawa arus keduniaan. Lantas, mencadangkan kepada Zaidi agar menjadikan sepupunya, Sarimah sebagai isteri. Namun begitu, Zaidi menolak hasrat kedua ibu bapanya itu kerana dia tidak berminat untuk mengahwini sepupunya sendiri.        

Sementara itu, Zack yang baru dibebaskan telah lupa tanggungjawab terhadap isterinya, Sakinah. Zack jarang pulang ke rumah dan masih terlibat dengan aktiviti jenayah. Sakinah tidak suka dengan pekerjaan yang dilakukan suaminya itu telah mendesak Zack supaya berhenti daripada melakukan sebarang jenayah.

Bagaimanakah kesudahan hidup Zaidi dan juga Zack ?. Siapakah gadis bertuah yang bakal menjadi pilihan Zaidi, Sarimah ataupun Nora ? Adakah Zaidi dan Zack akan berubah dan kembali ke pangkal jalan ?

Drama bersiri terbitan Television Airtime Services ini dibintangi oleh Arash Mohamad, Kuza, Zila Bakarin, Sabri Yunus, Mahmud Samad, Suhaimi Kaswan dan Ghazali Abu Noh.

Teruskan tontonan anda bersama RTM1, Saluran Inforia pada setiap Isnin hingga Khamis, jam 11.05 pagi untuk mengetahui kesudahan kisah ‘Iradat’ yang menghiasi slot Sutera.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Majlis Persandingan Datin Nor Azlina Redzuan & Datuk Yusof Annuar Yaacob

BOY MEETS WORLD