in

Bekas Pembantu Peribadi Aliff Syukri ‘Songlap’ Duit Pelanggan?

Baru-baru ini di laman Twitter, hangat memperkatakan mengenai bekas pembantu peribadi (PA) usahawan kosmetik popular Dato Seri Aliff Syukri yang dikenali sebagai Iqbal.

Gambar Hiasan

Menerusi satu pendedahan yang dibuat, Iqbal atau nama sebenarnya Muhamad Iqbal Bin Mohd Sani bersama seorang wanita dipercayai isterinya, Intan Nurulhaleda dikatakan telah menipu ramai pelanggan yang membeli pakej pelancongan sebuah hotel terkemuka di Negeri Sembilan.

Bekas Pembantu Peribadi Aliff Syukri 'Songlap' Duit Pelanggan?

Ramai Jadi Mangsa 

Pendedahan itu dibuat sendiri oleh bekas ejen nya yang dikenali sebagai @amalinahafizah yang turut memohon maaf kerana tidak menyangka syarikat I&I Paradise Venture mempunyai masalah.

Menurutnya semua urusan pembayaran pelanggannya telah dimasukkan terus ke syarikat itu sekaligus menafikan dia turut mengambil wang pelanggan.

“Saya dengan ini memohon maaf. Saya juga ada promote percutian Lexis Hibiscus under I&I Paradise Venture. Saya sendiri pergi under I&I Paradise tapi tak ada masalah”

“Semua transaction customer terus ke I&I Paradise. Saya tak ambik satu sen duit customer”

Dedahnya lagi, bukan dirinya dan pelanggan telah ditipu malah beberapa ejen lain turut mengalami nasib yang sama. Lebih menyedihkan, mangsa-mangsa juga terdiri daripada para petugas barisan hadapan (frontliner) yang telah membeli pakej tersebut.

“Agent lain juga sales 800K 300K juga tertipu dengan Intan & Iqbal.

Hampir 60 doktor dan nurse Hospital Sungai Buloh dari barisan hadapan juga tertipu dengan percutian ini.

Saya minta tolong viralkan sehingga 2 orang scammer ini di jumpai”

Bekas Pembantu Peribadi Aliff Syukri 'Songlap' Duit Pelanggan?

Lantaran itu, alamat terakhir serta nombor kad pengenalan milik Iqbal dan Intan telah dikongsi di media sosial memandangkan ramai mangsa sedang mencari mereka bagi menuntut penjelasan sebenar.

Dalam pendedahan lain, terdapat seorang pengguna memberitahu bahawa sebelum ini pelanggan-pelanggannya tidak mempunyai sebarang masalah dalam membuat tempahan di hotel tersebut.

Namun, dia tidak menyangka sejak minggu lalu timbul pula isu ini sehingga Iqbal gagal dihubungi. Menerusi carian Murai.my di laman Instagram turut mendapati bahawa akaun Instagram Iqbal telah dinyahaktif.

“Jangan Minta Duit Dari Saya” – Aliff Syukri Beri Amaran Jangan Kaitkan Dengan Bekas PA Kaki Scam

Usahawan kosmetik popular Datuk Seri Aliff Syukri memohon orang ramai agar tidak mengaitkan namanya dengan bekas pembantu peribadi (PA) yang didakwa menipu duit pelanggan atas jual beli pakej penginapan.

Jelas Aliff dia tiada lagi kena mengena atau masuk campur dengab urusan bekas pembantu peribadi yang dikenali sebagai Iqbal Sani dan wanita yang didakwa isterinya, Intan Haleda.

“Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf… pada semua.

“Sebolehnya saya tak nak masuk campur masalah mereka. 

Tetapi terlalu banyak orang yang DM sampai saya pening, tag IG saya, yang nak berjumpa dengan saya termasuk pihak polis dan juga orang ramai.

“Malah ada orang yang menghubungi saya untuk meminta duit kepada saya atas kerugian yang mereka alami,” katanya.

Akui Aliff, Iqbal pernah bekerja dengan syarikatnya sekitar dua tahun lalu dan melepaskannya untuk menjalankan bisnes sendiri.

“Saya bukan abang dia atau saudara mara dia, memang dia bekas staf dan tak lebih dari itu.

“Dia bekerja dengan saya dua tahun lepas selama hampir 5 tahun dan sudah lama berenti kerja sebab dia buat bisnes, yang saya sendiri tak ada masuk campur dan tak tahu apa-apa,” jelasnya.

Rayu Aliff agar tidak lagi mengaitkan namanya dengan individu terbabit apatah lagi meminta duit darinya.

“Kalau boleh saya tidak mahu ada kena mengena dengan beliau dan saya tidak tahu sama sekali apa yang berlaku ke atas urusan anda. 

“Saya tidak ada kena mengena dengan urusan mereka dan saya berharap jangan ganggu saya atau WhatsApp tanya rumah, nombor, nak duit.

“Saya sendiri sekalipun tidak terlibat dengan apa apa yang mereka lakukan. Semoga Masalah anda boleh diselesaikan dengan cara yang terbaik tanpa memalukan sesiapa,” katanya.

Tular sejak Selasa foto individu terbabit yang didakwa telah memperdaya orang ramai dengan menjual pakej percutian palsu.

*Sumber: Murai

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

“PKP Akan Dilaksanakan Jika Kes Meningkat Secara Mendadak,” – PM

Apple Watch Series 6 Diperkenalkan, Dapat Pantau Kadar Oksigen dalam Darah