in

“PKP Akan Dilaksanakan Jika Kes Meningkat Secara Mendadak,” – PM

Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan kerajaan tidak teragak-agak melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan mencatatkan kes COVID-19 yang tinggi.

“Sekiranya kes Covid-19 meningkat dengan mendadak PKP akan dilaksanakan semula.”

Itulah kata-kata yang diberikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Perutusan Khas Perdana Menteri sebentar tadi ketika menyampaikan pekembangan terkini tentang kes Covid-19 di Malaysia.

Ia berikutan dengan peningkatan yang begitu mendadak dekat 3 daerah baru-baru ini. Tambahnya lagi, pandemik ini mungkin akan berterusan dalam masa yang agak lama.

Malah, beliau turut menambah bahawa kerajaan akan cuba meningkatkan lagi kawalan di sempadan bagi menghalang kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).

“Amalan disiplin dan pematuhan SOP sangat penting untuk memutuskan penularan COVID-19. Kita semua mesti memainkan peranan sebagai petugas barisan hadapan.

“Kerap cuci tangan dengan sabun atau guna ‘hand sanitizer’. Jika di tempat awam, pakai pelitup muka dan jangan rasa janggal atau kekok untuk memakainya. Segera dapatkan rawatan jika ada gejala seperti demam atau batuk,

– Tan Sri Muhyiddin Yassin

Tan Sri Muhyiddin ketika menzahirkan rasa bimbangnya akibat peningkatan kes itu juga turut mengingati rakyat Malaysia supaya patuh SOP agar dapat sama-sama bantu dalam memutuskan rantaian Covid-19 di Malaysia.

Ini kerana beliau tidak teragak-agak untuk mengisytiharkan semula PKP jika kes terus meningkat secara mendadak.

What do you think?

34 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Gambar Hiasan

Wanita Lapor Polis Dakwa Malu Dihina ‘Influencer’

Gambar Hiasan

Bekas Pembantu Peribadi Aliff Syukri ‘Songlap’ Duit Pelanggan?