in , ,

Bagindas Bakal Bikin Konsert Pertama di Malaysia Pada 30 November Ini

Kemunculan kumpulan Bagindas pada konsert Kangen Band yang berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 2 September lalu mendapat maklum balas positif dalam kalangan peminat kumpulan ini.

Ibarat bulan jatuh ke riba, peminat setia kumpulan yang berasal dari Indonesia ini bakal menggegarkan peminat tanah air dengan deretan lagu hits mereka menerusi Konsert Bagindas Live In Kuala Lumpur: Suka Sama Kamu yang dijadual berlangsung di Zepp Kuala Lumpur, jam 8 malam, pada 30 November ini. 

Bagindas yang dianggotai empat anggota kumpulan iaitu Andra, Wendy, Fery dan Ragil itu bakal membawakan sesuatu yang cukup istimewa dan eksklusif buat seluruh peminat setia.

Konsert Pertama Bagindas di Malaysia

Menurut penganjur, Purosangue Entertainment, konsert Konsert Bagindas Live In Kuala Lumpur: Suka Sama Kamu itu bakal mencetuskan satu lagi fenomena.

“Band Bagindas bukanlah asing dalam kalangan pencinta muzik tanah air. Kebanyakan lagu-lagu mereka cukup melekat dan menjadi pujaan peminat di kedua-dua negara.
“Jadi, melihatkan sambutan dan sokongan padu yang diberikan kepada Bagindas membuatkan kami cukup yakin untuk menganjurkan konsert ini. Berbekalkan kredibiliti yang dimiliki Bagindas, mereka mampu menghiburkan peminat kerana kami percaya kumpulan ini mempunyai pengikut tegar di sini,”

– Purosangue Entertainment
Konsert Pertama Bagindas di Malaysia

Sementara itu, mewakili Bagindas, Andra berkata, Malaysia sentiasa menjadi pentas yang dinanti-nantikan untuk mereka mengadakan konsert. 

“Selama ini kami sentiasa menunggu peluang untuk mengadakan konsert sulung di Malaysia. Kami sering menerima permintaan daripada peminat yang mahu kami datang ke Malaysia untuk membuat konsert. 
“Kami menganggap tahun ini adalah waktu yang tepat dan rezeki untuk kami bertemu dengan peminat Bagindas,”

– Purosangue Entertainment
Konsert Pertama Bagindas di Malaysia

Sesuatu yang cukup istimewa juga apabila pada Konsert Bagindas Live In Kuala Lumpur: Suka Sama Kamu ini apabila Bagindas bakal mempersembahkan kelainan dari segi muzik menerusi kolaborasi bersama DJ Rycko Ria.

Gabungan muzik campuran semula atau remix daripada Bagindas X DJ Rycko Ria pastinya sesuatu yang cukup dinanti dan mengujakan kerana ia bertepatan dengan cita rasa pendengar masa kini.

Tiket untuk menuyaksikan Konsert Bagindas Live In Kuala Lumpur: Suka Sama Kamu dijual pada harga RM3600 (VIP Box); RM200 & RM225 (Seating Price); RM179 (Normal Standing Ticket Price); RM139 (Early Bird Standing Price). 

Pembelian tiket akan bermula hari ini di laman web www.purosangue.live 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Prime Video Umum Drama Siri Original Malaysia Pertama THAT COVER GIRL

Hun Haqeem Selamat Jalani Pembedahan ACL Selepas Cedera Jalani Drama