in , ,

Pemenang Peraduan Al-Ikhsan Sports The Ultimate Sports Experience

Dalam rangka memperingati ulang tahun ke-30 Al-Ikhsan Sports Sdn. Bhd., syarikat ini telah memperkenalkan peraduan ‘The Ultimate Sports Experience – Spend & Win’. Peraduan ini berlangsung dari Julai 2023 hingga Mac 2024, dengan hadiah keseluruhan bernilai hampir RM 1 juta. Tahniah buat semua pemenang!

Bersempena ulang tahun Al-Ikhsan Sports Sdn. Bhd. yang ke-30, Syarikat telah melancarkan peraduan ‘ The Ultimate Sports Experience – Spend & Win’ yang telah berlangsung sejak Julai 2023 sehingga Mac 2024. Hampir RM 1juta nilai hadiah yang ditawarkan, antaranya adalah telefon bimbit, perkakas rumah dan baucer tunai.

Senarai Pemenang Peraduan Al-Ikhsan Sports The Ultimate Sports Experience

Berikut adalah senarai nama 10 pemenang:

1Mohd Muazzin bin Rosely• Tiket penerbangan dan penginapan selama tujuh (7) hari enam (6) malam di Paris. 
• Dua (2) tiket Majlis Pembukaan Suka Olimpik 2024.
Bernilai RM 50,000
2Muhammad Adzim Imran bin Razali• Tiket penerbangan dan penginapan selama lima (hari) empat (4) malam di Jerman.
• Dua (2) tiket perlawanan akhir bola UEFA EURO 2024.
Bernilai RM 40,000
3Tan Yee Sing• Tiket penerbangan dan penginapan selama lima (5) hari empat (4) malam di Jerman.
• Dua (2) tiket perlawanan kelayakan UEFA EURO 2024.
Bernilai RM 35,000.
4Wan Muhammad Izha bin Wan Shamsorlallah Said• Tiket penerbangan dan penginapan selama empat (4) hari tiga (3) malam di Stadium Anfield.
• Dua (2) tiket perlawanan EPL.
Bernilai RM 25,000
5Mohammad Yusof bin Mohammad• Tiket penerbangan dan penginapan selama tiga (3) hari dua (2) malam di Sinagpore.
• Dua (2) tiket Formula One Grand Prix.
Bernilai RM 12,500
6Mohamad Lutfi bin S H Dial Sebri• Pengalaman Perlumbaan di Litar Antrabangsa Sepang.Bernilai RM 10,000
7Mohamad Hazim Bin Mohd Noor Shaharuddin• Baucer TunaiBernilai RM 7,500
8Nur Muhammad Akmal Bin Roslan• Baucer TunaiBernilai RM 7,500
9Mohammad Faizal Bin Mat Isa• Baucer TunaiBernilai RM 7,500
10Siti Nurnida• Baucer TunaiBernilai RM 7,500

“Kami sangat gembira untuk mengumumkan dan memberikan hadiah kepada pemenang untuk bulan Mac dan pemenang hadiah utama keseluruhan kempen.

Keutamaan kami adalah memastikan bahawa pelanggan kami yang telah menyokong kami sepanjang masa berasa berpuas hati dan gembira.

Saya mewakili Syarikat Al-Ikhsan, mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan yang teguh selama 30 tahun penubuhan dan tahniah.”

– Encik Farouk Abdul Khalid, Ketua Pegawai Sumber Manusia Al-Ikhsan

Tidak diragukan lagi, kehadiran Al-Ikhsan selama 30 tahun di Malaysia, sedar atau tidak, telah mempengaruhi lebih ramai peminat sukan untuk kekal aktif dengan Al-Ikhsan Sports, yang dikenali sebagai pusat runcit sukan berkualiti menawarkan harga yang berpatutan dari pelbagai jenama antarabangsa termasuk jenama dalam (in-house brand) seperti AL dan ALX.

Senarai Pemenang Peraduan Al-Ikhsan Sports The Ultimate Sports Experience
Senarai Pemenang Peraduan Al-Ikhsan Sports The Ultimate Sports Experience
Senarai Pemenang Peraduan Al-Ikhsan Sports The Ultimate Sports Experience

MENGENAI AL-IKHSAN SPORTS SDN BHD

Al-Ikhsan Sports (Al-Ikhsan) ditubuhkan pada tahun 1993 dengan sebuah kedai berkeluasan 150sqft di Holiday Plaza, Johor Bahru oleh Tuan Haji Ali Hassan dan kini telah berkembang kepada 188 kedai di seluruh Semenanjung Malaysia. 

Al-Ikhsan bertujuan untuk menyediakan alternatif yang mampu milik kepada rakyat Malaysia untuk menjalani kehidupan yang sihat dan sporty serta memberikan pilihan yang luas kepada peminat bola sepak tempatan.

Pada tahun 2016, Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas) melabur sebanyak 35% saham dalam Al-Ikhsan Sports dan sejak itu, momentum Al-Ikhsan Sports telah diperkukuh dari segi penjenamaan dan merekodkan perkembangan yang lebih kukuh. 

Al-Ikhsan Sports juga telah menerima pelbagai pengiktirafan dari luar dan dalam negara berikutan pencapaian yang memberangsangkan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

iPhone Ultra Nipis Bakal Hadir Di Tahun 2025 Dengan Reka Bentuk Terbaharu

Konsert Dato M.N45Ir Cipta Bakal Berlangsung 10 Ogos 2024 di Axiata Arena