in , , ,

Azwan Ali Dapat Job Dengan Vida, Netizen Tak Sabar Nak Tengok Dua Diva Beraksi

Nampaknya nama pengacara tersohor, Azwan Ali kini semakin menjadi rebutan apabila dia dikatakan menerima satu tawaran untuk menjadi pengacara untuk program game show.

Wah, tuah ayam nampak di kaki, tuah diva AA siapa yang tahu!

Nampaknya rezeki pengacara Azwan Ali semakin bertambah setelah membuat kemunculan Azwan Ali dalam program Lagu Cinta Kita 2.

Perkara ini bagaikan durian runtuh bagi Diva AA selepas rezekinya dalam dunia pengacaraan semakin bertambah apabila membuat kemunculan dalam program Lagu Cinta Kita musim kedua.

Pada 26 November, Diva AA sempat memuat naik khabar gembira di Instagram mengatakan dia mendapat tawaran untuk bekerjasama bersama Dato Seri Vida.

Azwan Ali Dapat Job Dengan Vida, Netizen Tak Sabar Nak Tengok Dua Diva Beraksi

Azwan sempat meminta pendapat daripada peminat sama ada perlu atau tidak dia menerima tawaran tersebut.

“Nak accept ke tak? duit yang ada pun tak habis nak makan,”

– Diva AA

Difahamkan, Diva AA mendapat tawaran untuk sebuah program game show bergandingan bersama dengan usahawan terkenal, DSV. Fuh! Ini satu gandingan yang mantap ni. 

Rata-rata komen yang ditinggalkan menyuruhnya menerima tawaran tersebut, confirm kecoh studio tu nanti!

Rata-ratanya teruja untuk melihat gandingan dua personaliti sensasi dan penuh kontroversi ini.

Azwan Ali Dapat Job Dengan Vida, Netizen Tak Sabar Nak Tengok Dua Diva Beraksi

Dalam masa yang sama, ada juga yang meminta supaya Azwan tetap bertindak profesional walaupun sebelum ini mereka berdua pernah bercakaran.

Pada yang tidak tahu, sekitar Februari lalu, DSV ada meluahkan rasa terkilan apabila Azwan telah membakar minyak wangi yang diberi olehnya.

Telah berlaku salah faham di antara mereka berdua sehingga menyebabkan Azwan bertindak sedemikian.

Tapi benda tu pun dah lama berlalu, kami yakin mereka berdua mesti dah selesaikan isu ini pada ketika itu.

Kalau jadi la program game show ni, confirm roboh pentas tu dengan gelak tawa DSV dan juga kepantasan mulut Diva AA.

Apapun, tak sabar nak tengok gandingan Diva AA dan DSV bersama! Confirm bikin kecoh!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Mahu Saman Tukang Fitnah, Da’i Syed Dapat Sokongan dari Artis

Vokal Mania Tetap Bersiaran Sabtu Ini, Aina Abdul Bakal Buat Persembahan Dari Rumah