in , ,

Vokal Mania Tetap Bersiaran Sabtu Ini, Aina Abdul Bakal Buat Persembahan Dari Rumah

Penyanyi Aina Abdul yang kini sedang menjalani kuarantin akan tetap bertarung di Vokal Mania dan bakal membuat persembahan dari rumah.

Memetik laporan Harian Metro, Aina atau nama sebenarnya, Nurul Aina Abdul Ghani, 27, sedang menjalani kuarantin di rumah selepas terlibat dengan episod ketiga Separuh Akhir Muzik Muzik 35 (SFMM35) Ahad lalu.

Siaran langsung episod ketiga SFMM35 yang dijadualkan berlangsung pada Ahad lalu ditunda kerana salah seorang penyanyi yang bertanding di episod pertama, Alif Satar disahkan positif Covid-19.

Aina Abdul

Menurut Pengurus Besar, Produksi Hiburan, Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad yang juga Penerbit Eksekutif Vokal Mania, Mas Ayu Ali, perkara tersebut merupakan salah satu kelainan yang dipaparkan dalam Vokal Mania minggu ini.

“Memandangkan Aina sedang menjalani kuarantin, jadi dia akan membuat persembahan di rumah. Selebihnya iaitu Lan Solo, Indah Ruhaila dan Tomok akan berada di studio seperti biasa.

“Bagi segmen duet pula, rookie iaitu peserta akan menyanyi di studio dan Aina di rumah. Bermula minggu ini pematuhan prosedur operasi standard (SOP) lebih ketat selain sentiasa mengingatkan perkara itu,”

– Mas Ayu Ali

Dalam pada itu, Mas Ayu menjelaskan yang Vokal Mania tidak akan menggunakan khidmat kru produksi dan pasukan bahagian lain dari SFMM35.

“Kita tidak akan menggunakan kru dan kakitangan dari SFMM 35 sebab mereka masih menjalani proses kuarantin selama 14 hari walaupun semua negatif.

“Pada minggu ini, kehadiran orang akan dihadkan. Penari tidak lebih empat orang dan artis akan bersiap di rumah masing-masing. Artis pula hanya dibenarkan membawa pengurus atau pembantu peribadi sahaja.

“Dalam masa sama, jurutera, kontraktor, jurusolek dan sesiapa yang berkenaan semua orang lain, bukan krew SFMM35. Kita tidak mahu yang ada kaitan dengan SFMM 35 kerana mahu ambil langkah berjaga-jaga,”

– Mas Ayu Ali

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Azwan Ali | 23

Azwan Ali Dapat Job Dengan Vida, Netizen Tak Sabar Nak Tengok Dua Diva Beraksi

Ummi Nazeera | 24

Ummi Nazeera Kehilangan Insan Tercinta Setelah Ayahnya Meninggal Dunia