in , ,

Pelakon & Pengarah Majed Saleh Meninggal Dunia, Shiha Seperti Tak Percaya

Pelakon dan pengarah Majed Saleh menghembuskan nafas terakhir akibat komplikasi penyakit jantung pagi tadi.

Pelakon dan pengarah Majed Saleh menghembuskan nafas terakhir akibat komplikasi penyakit jantung pagi tadi.

Berita pemergian pengarah filem Syaitan Munafiq itu disahkan adik ipar arwah yang juga penyanyi Shiha Zikir menerusi hantaran dalam Instagram.

“Assalamualaikum. Abang ipar Shiha, Abdul Majed Mohd Saleh kembali ke rahmatullah, sebentar tadi.
“Mohon sedekahkan al-Fatihah buat arwah, semoga diampunkan segala dosanya dan tergolong bersama golongan beriman. Aamin Ya Allah,”

– Shiha Zikir
Pelakon & Pengarah Majed Saleh Meninggal Dunia, Shiha Seperti Tak Percaya

Pada hantaran berbeza, penyanyi itu turut memaklumkan berasa seperti tidak percaya apabila berdepan dengan berita duka tersebut.

“Masih tidak percaya. Rasa nak padam hantaran tadi,”

– Shiha Zikir

Terdahulu, arwah Majed, 65, yang juga pelakon drama rantaian popular, Gerak Khas dan Metro Squad dilaporkan kritikal apabila fungsi jantungnya tinggal 25 peratus sahaja pada Jun lalu.

Allahyarham menjalani pembedahan memasang perentak jantung di Hospital Serdang pada bulan yang sama.

Sekitar Julai lalu pula, Allahyarham dimasukkan ke hospital sekali lagi selepas mengalami lemah jantung dan beberapa masalah kesihatan lain.

Isterinya, Nur Shida Mohd Zikir, 43, memaklumkan suaminya dikejarkan ke Hospital Selayang kerana keadaan jantungnya lemah dan badannya bengkak sehingga menjejaskan fungsi hati serta buah pinggang.

Ketika hayatnya, Majed pernah menjadi pengarah Gerak Khas selain membintangi filem Mekanik, Kembara Seniman Jalanan, Bara dan Lembing Awang Pulang ke Dayang.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

ARA JOHARI

Ara Johari Buat Comeback Dengan Single Terbaharu Berjudul ‘SUDAH’

Prime Video Umum Drama Siri Original Malaysia Pertama THAT COVER GIRL