in , ,

Amelina Akui Sedang Bercinta dengan Seorang Ahli Perniagaan

Patutlah semakin nampak berseri-seri sejak kebelakangan ini, rupanya Ratu Dangdut Malaysia iaitu Amelina mendedahkan bahawa hatinya kini sudah dimiliki oleh seorang ahli perniagaan. Semoga adalah jodohnya untuk mendirikan istana rumahtangga yang bahagia nanti ya.

Penyanyi Amelina tidak menafikan desas-desus yang mengatakan dia kini sedang mengenali seorang ahli perniagaan. Biarpun tidak mahu mendedahkan dengan lebih lanjut cerita peribadi tersebut, ibu kepada enam orang anak itu bagaimanapun menafikan khabar akan mendirikan rumah tangga pada penghujung tahun ini.

Sudah empat tahun bergelar ibu tunggal, Ratu Dangdut Malaysia, Amelina mengakui hatinya sudah dimiliki oleh seorang lelaki yang merupakan ahli perniagaan.

amelina-ada-buatmu
Amelina Akui Sedang Bercinta dengan Seorang Ahli Perniagaan

Menurut Amelina atau nama sebenarnya Norazlina Amir Sharipuddin, dia dan ahli perniagaan itu masih dalam fasa mengenali satu sama lain dan menyerahkan urusan jodoh kepada Allah.

“Buat masa sekarang, kami masih saling mengenali antara satu sama lain. Kata orang, dalam fasa ‘sweet-sweet’. Tapi, semuanya saya serahkan kepada jodoh,”

– Amelina

Amelina ditemui media ketika Majlis Pelancaran Lagu dan Muzik Video Ada Untukmu di The Crave, Ara Damansara minggu lalu. Single Ada Untukmu merupakan single balada pertama sepanjang 27 tahun Amelina bergelar penyanyi.

“Tak adalah nak kahwin tahun ini. Insya-Allah, macam saya cakap biarlah semuanya atas ketentuan jodoh,”

– Amelina
Amelina Akui Sedang Bercinta dengan Seorang Ahli Perniagaan
Amelina Akui Sedang Bercinta dengan Seorang Ahli Perniagaan

Dalam pada itu, ibu kepada enam cahaya mata itu berkata kesemua anaknya menerima baik kehadiran lelaki itu. Malah, lelaki itu juga memahami kerjayanya sebagai seorang selebriti.

“Anak-anak pun selesa dengan dia. Begitu juga dengan dia yang selesa dengan kerjaya saya sebagai artis.

“Apa yang penting, dia peramah, tidak sombong dan dapat bergaul dengan orang sekeliling saya. Itu membuatkan saya rasa senang dengan dirinya,”

– Amelina
Amelina Akui Sedang Bercinta dengan Seorang Ahli Perniagaan
Hasil perkahwinan mereka dikurniakan enam cahaya mata iaitu Puteri ‘Nur Athirah, 19, Putera Al’ Affiq, 18, Putera Al’ Asyraff, 17; Puteri Nur’ Asyurah, 15, Putera Al’ Arffa, 13, dan Putera Al’ Amzar, 8 tahun.

Amelina pernah berkahwin dengan usahawan bernama Reduan pada 20 Mei 1999 namun bercerai pada 2016. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan enam cahaya mata iaitu Puteri ‘Nur Athirah, 19, Putera Al’ Affiq, 18, Putera Al’ Asyraff, 17; Puteri Nur’ Asyurah, 15, Putera Al’ Arffa, 13, dan Putera Al’ Amzar, 8 tahun.

Sementara itu, sejarah tercipta apabila ratu dangdut negara, Amelina melancarkan lagu terbaharu genre balada berjudul Ada Untukmu buat julung kalinya sepanjang 27 tahun bergelar penyanyi.

Idea penghasilan lagu ciptaan sepenuhnya Aepul Roza ini tercetus berikutan persetujuan bersama Amelina dan pengurusannya, MindOrder Management untuk menghidangkan karya berbeza yang berani pada projek terbaharu ini buat para peminat dan penggemar muzik tempatan.

Lagu Ada Untukmu boleh dilayari dan dimuat turun secara rasmi di semua platform digital antaranya Spotify, Joox, Kkbox dan iTunes bermula 7 Ogos 2020.

Video muzik lagu ini pula akan dilancarkan di saluran YouTube Nova Music juga pada hari yang sama. Tahniah buat Amelina!

What do you think?

74 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Wafariena Diugut Simbah Asid Gara-Gara Watak Nurul Ain dalam 7 Hari Mencintaiku 2

Sinopsis Filem AKU, BUNGA Lakonan Ben Amir, Naim Danial & Bunga