in ,

Pereka Fesyen Razman Razmi Kesal Dengan Amelina

Apa dah jadi ni? Alamak… nak kena tanya Amelina macamana boleh jadi macam ni.

Hangat diperkatakan pada hari ini, apabila pereka fesyen Razman Razmi kesal dengan pihak Amelina yang enggan memakai busana yang telah direka untuknya bagi menyertai separuh akhir Gegar Vaganza kelima (GV5).

Razman berkata, dia amat kesal kerana Amelina dan pihak pengurusan artis berkenaan sebenarnya telah meminta dia menghasilkan sepasang busana dan telah bertungkus lumus membuatnya namun pada saat-saat akhir, mereka memilih pakaian daripada pereka fesyen lain.

Razman Razmi

“Saya setuju nak buat baju Amelina untuk minggu ketujuh disebabkan ada kenalan rapat yang minta tolong walaupun sebenarnya saya dah menarik diri daripada menaja pakaian peserta GV5. ‘No more’ lepas ni.”

“Tapi apabila baju dah siap dan pihak pengurusan Amelina minta saya datang bawa baju untuk fitting, mereka kata tak nak pula sebab nak pakai baju pereka fesyen lain.

“Niat saya nak menolong tapi mereka buat macam ni pula. Kalau dah ada baju, buat apa minta tolong saya lagi,” – Razman

Razman Razmi

Dia diminta mengulas mengenai status panasnya yang mengkritik pihak Amelina dan pengurusan artis itu kerana tidak memberi kerjasama yang baik dalam urusan penyediaan pakaian dalam pertandingan berkenaan.

Razman Razmi Kuala Lumpur merupakan butik yang menaja pakaian penyanyi dangdut itu dari awal promosi sehingga minggu kelima konsert GV5.

Dalam pada itu, Razman berkata, dia sudah serik untuk berurusan dengan artis berkenaan selepas kejadian berkenaan termasuklah pihak produksi rancangan tersebut kerana mendakwa mendapat layanan buruk.

“Selepas ini memang pihak saya dah serik dan tak nak bekerjasama dengan mereka lagi. Walaupun saya baik dengan salah seorang daripada pengurusan itu, tapi saya hanya akan tolong dia sahaja tapi bukan mereka,” – Razman

GV5 berlangsung setiap Ahad di Dewan MBSA, Shah Alam dan disiarkan menerusi Astro Ria.

Sumber: Mstar Online

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Yang Menarik & Terkini di iflix Kids

Penyanyi Misha Omar

Profile Misha Omar