in , ,

Temubual Eksklusif Bersama Kak Long aka Amelina di PC KL JAMM

Wow, Budiey tengok barisan senarai penyanyi, semuanya memang gempaklah kan. Antara yang Budiey nantikan adalah dari penyanyi dangdut Amelina dan juga Zamani. Memang tepat pada masanya konsert ini diadakan.

Bakal menggamit memori dan nostalgia zaman penyatuan legenda seni suara tanah air di atas satu pentas, Music Unlimited International Snd Bhd (MUI) dengan kerjasama Syarikat Produksi KRU mengumumkan barisan artis yang bakal memeriahkan festival muzik antarabangsa, KL JAMM.

Senarai artis yang buat persembahan telah diumumkan di sidang media pengumuman yang turut dihadiri oleh artis terlibat. Antara artis yang Budiey sempat menemubual ialah Amelina. Jom tonton video temubual Budiey bersama Amelina:

Selain penyanyi otai legend bergelar papa rock, Datuk Ramli Sarip, penyanyi dangdut juga turut dipilih untuk mempersembahkan 10 buah lagu berirama dangdut dan pop. 

“Ini adalah peluang terbaik untuk tahun ini bagi kak long bersama penyanyi legenda yang lain. Kak Long berjanji akan berikan yang terbaik bagi peminat muzik dangdut. Kak Long.”

Sebanyak 10 buah lagu akan dinyanyikan oleh Kak Long. Jika berjaya menyanyikan kesemua lagu dengan baik tanpa semput ke apa, Kak Long rasa Kak Long berjaya buat konsert solo Kak Long. “

Kak Long menjadi wakil kepada penyanyi genre dangdut. Jadi, Kak Long akan cuba menunjukkan kemampuan datuk.”

– Amelina

Menurut Pengarah festival KL JAMM, Datuk Norman Abdul Halim, tidak dinafikan penyatuan kembali Datuk Sheila Majid, Datuk Afdlin Shauki dan Datuk Zainal Abidin di atas satu pentas adalah untuk mengimbau kembali kenangan konsert ‘Ikhlas’ penuh nostalgia pada tahun 1992 sebagai Re-Jamm.

KL JAMM

Reunion Konsert Ikhlas di KL JAMM

Datuk Sheila Majid, Datuk Afdlin Shauki dan Datuk Zainal Abidin disatukan kembali di atas satu pentas sebagai Re-Jamm. KL JAMM bakal diadakan pada 26 April hingga 28 April 2019 di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) menampilkan beberapa artis tanah air lain seperti Zamani SLAM, OAG, Datuk Ramli Sarip, Amelina dan ramai lagi.

“Saya rasa satu konsep yang saya jangka dinantikan oleh semua kerana saya sendiri sebagai peminat sudah lama menantikan tapi apa yang kita buat kita kan bekerjasama dengan syarikat Warner Music di mana pemilik lagu tersebut bersama-sama meraikan sejarah yang tak mungkin kita lupakan dan kita hidupkan momen tersebut melalui Re-Jamm,”

– Norman Abdul Halim

Tiket boleh didapati menerusi laman sesawang rasmi www.kljamm.com dengan harga bermula dari RM 98. 

KL JAMM

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Cast of CAPTAIN MARVEL Bring Star Power to Marina Bay Sands

Siti Sarah Pilih Syafiq Kyle Bintangi Muzik Video SEMAKIN