in , ,

Ucapan Pembakar Semangat Tony Fernandes Buat Amelina

Penyanyi Amelina bertuah kerana ramai yang sayangkan dirinya. Terbaru, Budiey ada menerima video ucapan Tan Sri Tony Fernandes buat Amelina sebagai pembakar semangat untuk berjuang di Konsert GEGAR VAGANZA pada hari Ahad ini.

Tan Sri Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia beri ucapan khas buat Amelina, salah seorang peserta akhir Gegar Vaganza (GV5) yang akan bertanding pada pusingan akhir Ahad ini.

Tony dalam sebuah video pendek berdurasi 20 saat itu berkata beliau sangat gembira melihat Amelina kembali beraksi dalam dunia hiburan, dan yakin Amelina akan menang di pertandingan akhir Gegar Vaganza.

“Hi Amelina, it’s your former boss, Tony. I owe you a lot because of you, we fly to Bandung and I am super thrilled you are making a comeback and you’re going to be a finalist in this fantastic TV show, and I have no doubt that you are gonna win. Youre the best, I love you. Good luck!” – Tony Fernandes

Amelina Punca AirAsia Terbang Ke Bandar Bandung!

Pada awal 1990-an, Tony Fernandes merupakan Pengarah Urusan syarikat Warner Music (Malaysia) Sdn Bhd dan beliaulah yang mencetuskan revolusi dalam industri muzik tanah air dengan memperkenalkan muzik dangdut.

Beliau nampak potensi yang ada pada Amelina dan mengambil keputusan melabur dan membangunkan irama tersebut ke dalam muzik tanah air. Ketika itulah beliau kerap pergi ke Bandar Bandung, Indonesia untuk mempelajari lebih mendalam irama tersebut. Usahasama beliau dan Amelina menjadikan penyanyi tersebut terkenal di negara ini.

Disebabkan tiada penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Bandung, perjalanan ke sana mengambil masa yang lama. Setelah Tan Sri Tony mengambil alih AirAsia, syarikat tersebut memulakan perjalanan terus ke Bandar tersebut.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

K-Pop Dance Battle Sherry Alhadad vs Haziq di SFMM33

BUNGA Ara Johari Lagu Terbaik di SFMM33 Minggu Ke-2