in , ,

Al-Manna Lancar Muzik Video Lirik Single Terbaru AJARKAN AKU SETIA

Kumpulan nasyid Al-Manna semakin mengorak langkah ke hadapan. Berita terbaru yang Budiey terima, Insya Allah pada hari Jumaat ini bersamaan 29 Mei 2015, Al-Manna akan melancarkan single terbaharu yang bertajuk AJARKAN AKU SETIA. Single ini akan dilancarkan secara rasmi melalui channel Youtube Al-Manna dan juga di page Facebook Al-Manna.

AL-MANNA AJARKAN AKU SETIA

Single AJARKAN AKU SETIA adalah hasil inspirasi BAZLI UNIC sebagai komposer dan seorang penulis lirik yang tidak asing lagi, ATIE (Legacy Publisher).

Atas kepercayaan yang telah diberikan kepada Al-Manna, UNIC DOT MY PRO berbesar hati untuk memasukkan single ini ke dalam album terbaharu seorang pendakwah terkemuka, Ustaz Elyas Ismail. Beliau merupakan seorang pendakwah bebas, juga seorang personaliti TV (Semanis Kurma, Tanyalah Ustaz dan banyak lagi) seterusnya mengkolaborasikan beliau di dalam single ini.

Single berdurasi 5:09 ini mengisahkan tentang munajat cinta seorang hamba kepada Tuhannya. Dia meluahkan rasa cintanya di dalam munajat dan meluah rasa hatinya yang kadangkala merasa letih akan mehnah dan tribulasi duniawi yang membelenggu.

Semoga single ini memberi manfaat dan akan menjadi pembakar semangat kita (pendengar) sebagai seorang hamba kepada Allah Jalla Wa ‘ala agar tidak pernah berhenti bermunajat dan berharap. Amin ya Rabbal ‘alamin.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

HBO Asia Bikin Drama Siri Seram HALFWORLDS

Review Hotel Hotel Crystal Crown Petaling Jaya