in ,

Al-Manna Bakal Lancar Single Terbaru SAMRAH ZAFANA

Kumpulan nasyid yang dianggotai oleh empat orang anak muda bersemangat waja, Al-Manna nampaknya terus memeriahkan dunia seni hiburan nasyid Malaysia dengan melancarkan sebuah lagi single terbaru sempena menyambut Maulidurrasul 1437 berjudul SAMRAH ZAFANA yang turut menampilkan sessionist tanah air, Indonesia & Timur Tengah!

Dalam single SAMRAH ZAFANA ini, Al-Manna mempertaruhkan sepenuhnya vokal lunak merdu dari suara vokalis mereka iaitu Muhammad Firdaus. Budiey sudah pun mendengar keseluruhan lagu ini dan apa yang Budiey boleh katakan, single SAMRAH ZAFANA adalah yang terbaik pernah dihasilkan dan dilagukan oleh Al-Manna. Dari segenap segi dan sudut, semuanya nampak elok termasuklah persembahan vokal, penyanyi latar, pemuzik dan juga susunan lagu serta komposisi yang cukup harmoni dan bersemangat.

Dari segi lirik pula, Budiey tak pandai nak ulas banyak sebab kita kena tanya Al-Manna apa maksud lagu ini. Lagu ini cukup beralun, membuai-buai macam nak dodoikan anak pada mulanya dan kedengaran rancak di penghujungnya menjadikan lagu ini punya momentum tersendiri. Dengar sekali nak dengar lagi sekali. Sebab tak bosan langsung.

Untitled

Berkonsepkan ‘hybridization’ qasidah dan lagu rakyat dari tanah Arab serta suasana meriah masyarakat melayu tradisional, Al Manna tampil dengan single qasidah terbaru bertajuk SAMRAH ZAFANA. Nantikan 12 Rabiul Awwal ini selepas Isyak. Insya Allah. SHARE pada kawan-kawan dan keluarga anda semua! SOLLU ‘ALAN NABIY!

Untitled

Sebuah muzik video akan dilancarkan pada jam 9 malam 23 Disember 2015.

Menurut wakil kumpulan Al-Manna, Muhammad Firdaus dalam kenyataannya:

“Alhamdulillah… Al-Manna sudah pun selesai penggambaran video lirik single terbaru Samrah Zafana. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan. Ini pengalaman baru bagi kami bersama personaliti hebat di dalam arena muzik tanah air mahu pun antarabangsa. Bukan mudah menggapai impian yang sekian lama membungkam di sanubari jika tiada usahasama yang hebat dari semua. Semoga keberkatan anda semua menyelimuti kami Al Manna di dalam lapangan kami.

Sesungguhnya satu lagi mimpi kami Allah zahirkan menjadi coretan-coretan indah yang melingkari kehidupan kami. Semoga Allah redha. Amin ya Rabbal ‘alamin.

Jangan lupa untuk saksikan dan hayati SINGLE + VIDEO LIRIK terbaru Al Manna bertajuk SAMRAH ZAFANA pada hari Rabu ini bersamaan 23 Disember 2015 jam 9.30 malam di Facebook Al Manna dan channel Youtube Al Manna!

Beritahu rakan-rakan dan keluarga anda sekali!

Anda juga sudah boleh meminta lagu AJARKAN AKU SETIA dan SAMRAH ZAFANA di radio-radio seperti IKIM FM, SALAM FM, ERA FM, SURIA FM dan lain-lain!

Sokongan anda motivasi kami!”

Al-Manna berterima kasih kepada semua yang membantu @almannaofficial dalam menjayakan single Mawlidurrasul kali ini, para pemuzik yang hebat-hebat. Tak lupa buat Pawana kerana sudi membantu.

Jangan lupa layan ‪single terbaru SAMRAH ZAFANA pada hari ini 23 Disember 2015 ini jam 9 malam, selepas waktu Isya’! Special untuk Kekasih Allah dan sahabat semua!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Blog Featured | 15

Ulasan Penonton Filem THE 33

Gandingan Heliza Helmi & Rosli Jayakan Panorama MOH KE MIE