in , , ,

Hijjaz, Unic, Al-Manna & Da’i Izhar Jayakan Konsert Dua Cinta

Pada 5 Januari 2018 ini, AlManna Event & Management dengan kerjasama Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Persatuan Mahasiswa Pengurusan Dan Muamalah KUIS (PMFPM) dan MUSLIM CARE Malaysia akan mengadakan konsert yang diberi nama KONSERT DUA CINTA “MALAM SEJUTA HARAPAN”.

Beberapa selebriti dakwah terkemuka tanah air akan membuat persembahan pada malam tersebut dengan penampilan tiga artis dari tiga generasi berbeza; HIJJAZ, UNIC, ALMANNA dan Da’i Izhar.

Konsert Dua Cinta

Konsert Dua Cinta Malam Sejuta Harapan

Antara tujuan konsert ini diadakan adalah untuk mencari dana bagi aktiviti Kebajikan dan dakwah Orang Asli bersama Muslim Care Malaysia, di samping mencari dana bagi Persatuan Mahasiswa Pengurusan Dan Muamalah. Selain itu juga, sebahagian dari hasil kutipan konsert akan disalurkan kepada Tabung Wakaf KUIS.

Konsert Dua Cinta akan berlangsung pada 5 Januari ini bersamaan dengan hari Jumaat, 5 Januari 2018 bertempat di Pusat Konvensyen KUIS, bermula pada jam 8:45 malam. Harga tiket bermula dari RM10 bagi tempat duduk belakang, RM20 bagi tempat duduk tengah, dan RM50 bagi tempat duduk hadapan beserta sesi ‘meet & greet’ secara eksklusif.

Untuk tempahan tiket, boleh menghubungi melalui Whatsapp Cik Hayati di 019 291 6151 dan Encik Aliff di 016 318 0194

Semoga matlamat konsert ini dapat dicapai dengam jayanya, seterusnya menjadi jalan di antara jalan-jalan memudahkan urusan sesama insan. Seperti sabda RasuluLlah SAW:

“Allah sentiasa menolong hamba selama ia menolong saudaranya.” (Hadis Riwayat Muslim no. 2699).

Konsert Dua Cinta

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Penuh Pemenang Top Hot 2017

Kisah Azam Baharu Dalam Telemovie WAU ITU BULAN