in ,

HBO Asia Bikin Drama Siri Seram HALFWORLDS

HBO Asia hari ini mengumumkan bahawa produksi untuk siri original HBO Asia, HALFWORLDS bermula minggu ini. Sebuah siri lapan bahagian dengan setiap episod selama satu jam, ia adalah kisah seram Asia yang gelap dan menampilkan pelakon Asia terkemuka. Siri ini yang telah dicipta secara dalaman, akan ditayangkan hanya di HBO / HBO HD (Astro Saluran 411 / 431) pada akhir tahun ini.

Joko Anwar - Director of HBO Asia Original Series HALFWORLDS

PRODUKSI SIRI ORIGINAL HBO ASIA TERBARU BERMULA HALFWORLDS

Dengan Bangganya Membawa Barisan Pelakon Utama Asia Diarah Oleh Pembikin Filem Terkemuka Joko Anwar

Sebuah kisah fantasi mengenai cinta, penebusan dan pengkhianatan yang bertempat di zaman kini di Jakarta, HALFWORLDS adalah tentang seorang artis jalanan yang muda yang mendapat tahu tentang asal-usul sebenarnya apabila dia mendapati dirinya secara tidak sengaja terperangkap dalam pertempuran antara manusia dan iblis. Pebikin filem terkenal dari Indonesia Joko Anwar (Kala; Ritual) membuat debut televisyen sebagai pengarah untuk kesemua lapan episod siri ini.

“HALFWORLDS adalah siri pertama seumpamanya di Asia yang menawarkkan barisan pelakon yang berbakat dalam lakonan, muzik dan seni dari rantau ini,” kata Jonathan Spink, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), HBO Asia. “Kami bangga untuk bekerjasama dengan pengarah berwawasan Joko Anwar, pilihan terbaik untuk siri original HBO Asia yang terbaru ini.”

Jonathan Spink - HBO Asia CEO

HALFWORLDS membintangi barisan pelakon Asia termasuk Bront Palarae (Terbaik Dari Langit; Psiko: Si Pencuri Hati) dari Malaysia; dari Indonesia Salvita Decorte dalam peranannya yang julung kali, Arifin Putra (The Raid 2; Macabre), Reza Rahadian (Habibie & Ainun; Guru Bangsa: Tjokroaminoto), Aimee Saras (Musical Onrop), Adinia Wirasti (Tentang Dia; Laura & Marsha), Hannah Al-Rashid (Ritual; V/H/S/2); Tara Basro (Catatan (Harian) Si Boy; Pendekar Tongkat Emas), Alex Abbad (The Raid 2), Ario Bayu (Soekarno; HBO Asia’s Serangoon Road), dan Verdi Solaiman (The Raid; Java Heat); serta juga Nathan Hartono (Musical Spring Awakening) dari Singapura. Pelakon jemputan Puteri Balqis (Balqis) yang berumur 8 tahun dari Malaysia, pemenang pelakon wanita terbaik di Anugerah Televisyen Asia 2014.

Dirakam di Batam, Indonesia, HALFWORLDS ditulis oleh Collin Chang yang berpusat di Los Angeles dan Joko Anwar. Ini merupakan siri original HBO Asia yang keempat selepas DEAD MINE (2012), SERANGOON ROAD (2013) dan GRACE (2014).

Tentang HBO Asia

Berpangkalan di Singapura, HBO Asia mampu menjadi peneraju dalam penyampaian filem-filem terbaik dari Hollywood di rantau Asia kerana memiliki perlesenan eksklusif dengan studio-studio utama dan bebas Hollywood termasuk Paramount Pictures, Sony Pictures, Universal Studios, Warner Bros. dan Lionsgate. HBO Asia mempunyai program-program HBO Original yang proprietari dan pernah memenangi anugerah yang dikeluarkan eksklusif untuk penonton HBO. Dimilik oleh HBO (sebuah syarikat Time Warner), HBO Asia meliputi 23 wilayah merentas Asia dan menawarkan sekumpulan saluran-saluran dan perkhidmatan termasuk saluran filem tanpa iklan 24-jam untuk langganan dalam definisi standard dan definisi tinggi – HBO, HBO SIGNATURE, HBO FAMILY, HBO HITS, CINEMAX dan RED – serta juga HBO GO dan HBO ON DEMAND. HBO Asia adalah pengedar eksklusif BabyFirst di Asia. Untuk maklumat lanjut, layari laman web www.hboasia.com.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Telemovie MENGAPAKU DISEKSA Lakonan Zul Huzaimy

Al-Manna Lancar Muzik Video Lirik Single Terbaru AJARKAN AKU SETIA