in ,

Al-Jawaher Kembali Ubati Rindu Peminat Dalam DIMENSI LEGENDA

Dua nama besar, Kumpulan Al-Jawaher dan Raihan pernah melakar sejarah pada zaman kegemilangan muzik mereka diterima ramai. Muzik nasyid dan kerohanian yang dibawakan mereka masih segar diingatan kita sehingga kini.

Ternyata bait-bait lagu, “Kembara berjalan bersendirian, Mencari jalan pulang, Bilakah masanya embunkan menjelma, Di tanah gersang yang membakar…” bertajuk Kembara Di Tanah Gersang yang seringkali berkumandang di radio sekitar tahun 1979 masih diingati. Sebenarnya apa cerita terbaru dan perkembangan kumpulan tersebut? Apakah mereka akan merakamkan lagu-lagu baru? Apakah kumpulan ‘otai’ atau ‘legend’ nasyid itu akan kembali mewarnai landskap nashid tempatan?

RAJA AZURA & AL-JAWAHER 2

Al-Jawaher Kembali Ubati Rindu Peminat Dalam “Dimensi Legenda” Tema Pengorbanan Aidiladha Ini di TV1 

Cuba mengubati kerinduan peminat terhadap suara lunak merdu mereka, Radio Televisyen Malaysia (RTM) membawakan program “Dimensi Legenda” pada 22 Ogos ini, pukul 10.00 malam di TV1 yang menampilkan anggota kumpulan Al-Jawaher berkongsi pentas dengan artis lain termasuklah Kumpulan Raihan, Aris Ariwatan, Lah Ahmad, dan Raqib Majid.

Menampilkan Raja Azura sebagai hos program,dan Ustaz Fuad Mohktar sebagai selebriti undangan, rancangan hiburan santai yang disiarkan sempena Hari Raya Aidiladha ini mengangkat tema pengorbanan yang dilihat bertepatan dengan penyampaian lagu-lagu malar segar bergenre ketuhanan.

RAIHAN 3

Diringi tarian Kumpulan Alam Dancers, kesemua lagu-lagu persembahan merupakan lagu-lagu ketuhanan dan kemanusiaan. Lagu-lagu malar segar yang masih diingati dan bakal dipersembahkan termasuklah “Kembara Di Tanah Gersang”, “Perjalanan”, “Permaidani”, “Doa”, “Penantian”, “Puji-Pujian”, “Syukur”, “I’ktiraf”, dan “Haji Menuju Allah”.

Program ini diterbitkan oleh Ain Sabrina On, Unit Hiburan TV RTM.

Konsert ini telah dirakamkan pada 21 Julai lalu bertempat di Studio 1, Wisma TV, Angkasapuri, Kuala Lumpur. 

ALL ARTISTS

Penonton boleh mengikuti siaran ulangan program ini pada 26 Ogos, pukul 9.00 malam di TV1.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kisah Tanggang Moden, Aidiladha Ini Dalam Filem BAGHBAN

Aksi Komedi Berisi Dalam Telemovie MAK NGAH REMPIT