in , ,

Album Lagu Perang Hijrah Dilepaskan Bersama Lagu Terakhir & Muzik Video

Album Lagu Perang “Hijrah” Dilepaskan Bersama Lagu Terakhir Berjudul Bila Buka Mata (Mimpi Akan Hilang) Dan Muzik Video Istimewa Dari Dalam Arkib Monoloque

Album/EP Lagu Perang (Bunyian Gamelan Melayu di Abad ke 21) telah dilepaskan kepada pendengar pada tahun 2021 di bawah naungan Penerbitan Pancasona sebagai komitmen LoQue dan rakan-rakan bunyiannya dalam usaha memartabatkan warisan budaya Gamelan Melayu agar terus kekal relevan walaupun berada di era kontemporari ini.

Jadi, menyambung kesinambungan kejayaan legasi lagu-lagu seperti “Urusan Seri Paduka Baginda” , “Chinta” , “Ningrat” dan “Selamatkan Legasi” , lagu “Bila Buka Mata (Mimpi Akan Hilang)” pula telah dilepaskan di semua Digital Penstriman Platform sebagai sebahagian daripada penghijrahan kali terakhir ini dan untuk menambah dimensi yang unik kepada album ini.

Cover Art BBM

Proses penghijrahan ini, mencapai kemuncaknya dengan keluaran lagu Bila Buka Mata (Mimpi Akan Hilang) secara eksklusif sebagai lagu terakhir untuk album berkembar Lagu Perang (Bunyian Gamelan Melayu di Abad ke-21).

Lagu terakhir ini juga dikeluarkan atau dilepaskan bersama dengan sebuah Muzik Video yang dihasilkan khas untuk memukau visual anda yang menonton. Muzik Video ini juga adalah sebagai bonus dalam meraikan kesinambungan album Lagu Perang ini.

Lagu “Bila Buka Mata (Mimpi Akan Hilang)” mempunyai keunikan tersendiri kerana ditulis oleh Dato Ahmad Farid Abd Jalal, Pengarah Muzium Negeri Pahang yang dihormati. Di sebalik peranan besar beliau untuk sentiasa memelihara warisan budaya, Dato Ahmad Farid juga terbukti hebat dan mempunyai bakat sangat besar.

Beliau jugalah individu yang terlibat sama dalam mengubah bunyi lagu yang bermakna ini. Penglibatan beliau telah menambah elemen khas kepada lagu ini, bukan sahaja memberikan komitmennya yang jitu dan padu, tetapi turut sentiasa memberi pandangannya sendiri terhadap naratif budaya kreatif dalam bidang seni.

Menurut LoQue, salah satu magis kreatif di sebalik lagu ini juga adalah ketika lagu ini dicipta secara tidak sengaja oleh anak perempuannya sendiri, Anggerik Dang Jelita. Perkara yang berlaku ketika itu sangat tidak dijangka kerana dari bunyian yang tidak sengaja itulah, LoQue dapat menggabungkan bunyi gamelan dengan pendekatan bunyian moden. Seterusnya menggabungkan pelbagai not-not muzik yang menjiwai semangat yang diperlukan dalam usaha mengekalkan warisan Gamelan Melayu.

Ketika itu LoQue sedang mencari kod/not sesuai untuk menghasilkan melodi dan bunyi untuk lagu “Bila Buka Mata (Mimpi Akan Hilang)”. Tiba-tiba saja, anak sulung saya masuk ke studio dan menekan-nekan piano. Ketika itu, ilham untuk menangkap hasil bunyi tersebut datang dan saya menggunakannya sebagai satu percikan kreatif secara kebetulan. Detik itulah titik permulaan perkembangan lagu ini dihubungkan”.

Menyatakan detik itu, LoQue bercerita lagi, “Ketika itu, saya sedang bergelut dengan minda sendiri kerana payah untuk menggabungkan bunyi gamelan tradisional dengan pendekatan moden. Saya termenung agak lama.

Tiba-tiba, dia (Anggerik) masuk ke dalam studio dan menekan papan kekunci dengan sampel gamelan yang belum siap lagi arpeggiatornya. Mungkin Anggerik telah dihantar oleh Tuhan untuk memberi idea, maka seperti yang selalu dikatakan oleh penyair Yunani, ‘Eureka!'”. “Momen Eureka” ini menandakan kelahiran bunyi untuk lagu “Bila Buka Mata (Mimpi Akan Hilang),” sebuah lagu yang berkisarkan seseorang dengan mimpi yang sukar ditafsirkan dengan realiti kehidupan.”

Manakala Muzik Video lagu “Bila Buka Mata (Mimpi Akan Hilang)” , berkisarkan narasi budaya yang boleh hilang. Dalam dunia yang semakin hanyut oleh arus kapitalisme yang menghakis jiwa manusia dari akar budaya dan kemanusiaan, tumpuan kita kadangkala diberikan kepada jiwa dahaga yang ingin terus bermimpi dan melepaskan diri daripada kehidupan konvensional.

Maka tajuk “Bila Buka Mata Mimpi Akan Hilang” tepat sekali menceritakan mengenai keseluruhan lagu, iaitu tentang perjalanan seseorang yang mempunyai impian besar dan mendalam tetapi dibayangi oleh kehidupan seharian. Kehilangan budaya diletakkan sebagai fokus utama, di mana manusia semakin termakan oleh godaan materialistik dunia yang tidak disertakan dengan zat rohani.

Proses penciptaan muzik video “Bila Buka Mata (Mimpi Akan Hilang)” sebenarnya telah bermula pada penghujung tahun 2019 di sekitar bandaraya Kuala Lumpur. Bagaimanapun, sesi penggambaran terganggu pada tahun 2020 disebabkan pandemik COVID-19. Penggambaran disambung semula pada tahun 2021, di mana jalan cerita Muzik Video itu diolah semula dengan elemen baru yang telah ditambah bagi memberikan kefahaman yang lebih mendalam.

Dalam penciptaan karya ini, lebih separuh daripada ahli Orkestra Gamelan Diraja Pahang, penari tarian, pemain sepak takraw, dan sudah tentunya ahli bunyian MonoloQue ikut serta dalam penggambaran. Turut ditampilkan dalam Muzik Video ini adalah satu mesin anyaman mini yang dibawa dari Pulau Keladi dari daerah Pekan.

Konsep asal untuk Muzik Video ini ialah sebuah “terowong kehidupan yang tidak ada jalan penghujung” bagi menggambarkan impian yang tiada had bagi seseorang individu tetapi akhirnya terbatas jua oleh sebab tertentu iaitu realiti kehidupan sebenar. Video itu turut memuatkan adegan yang dirakam di Muzium Sultan Abu Bakar di Pekan, Pahang, sebagai simbol budaya dalam naratif lagu tersebut.

Tajuk lagu “Bila Buka Mata (Mimpi Akan Hilang)” memberi gambaran bahawa keseluruhan lagu adalah penceritaan mengenai perjalanan emosi seorang pemimpi. Melodi pembukaan lagu “Bila Buka Mata Mimpi Akan Hilang” dihasilkan untuk membawa pendengar kepada suatu paradoks “menutup mata sambil membuka tingkap jiwa” mereka. Bunyi lagu ini dihasilkan untuk

“membuka” satu laluan menuju ke alam mimpi yang ideal sambil berjalan beriringan dengan melodi yang tenang untuk didengarkan, seperti lagu-lagu yang biasa dimainkan sebelum tidur. Lirik dan melodi lagu ini pula dihasilkan untuk membina monolog dalaman di mana seseorang individu itu sedang mengelamun dan bercakap tentang harapan dirinya sendiri melalui bunyi-bunyian yang sedang mengiringi. Penggunaan teknik “delay analog” sepanjang lagu adalah untuk menghasilkan bunyi lebih harmoni dan membangkitkan emosi.

“Delay” ini berfungsi untuk membangkitkan perasaan luar biasa kepada pendengar. Penyisipannya adalah untuk menyeimbangkan reaksi emosi yang baik dan berat tanpa membuatkan pendengar merasakan perasaan euforia ketika mereka sedang menghayati lirik, gitar, dan bunyi drum lagu ini. Sekaligus memberikan keseimbangan yang cukup emosional seakan-akan lagu-lagu David Gilmour yang biasa menggunakan teknik “delay” ini. Kami yakin, teknik “delay” ini dapat menghasilkan emosi dan interpretasi yang boleh dicampur aduk dan seimbang. Melodi lagu ini tampak ‘berat’ di akhir lagu, tetapi ianya adalah not akhir yang paling tinggi untuk lagu “Bila Buka Mata (Mimpi Akan Hilang)” , di sini kami mahu melambangkan cerita “bangun dari mimpi” oleh watak yang diceritakan. Pada visual, kelihatan watak sedang kembali membuka mata, berpijak semula ke dunia realiti yang sebenar.

Muzik Video ini telah siap dan menunggu sahaja masa untuk dikeluarkan di YouTube kami. Penghasilan Muzik Video yang mengambil masa lama ini menggabungkan teknik suntingan tradisional dengan moden. Encik Alan telah dilantik sebagai pengarah yang mengemudi jalan cerita Muzik Video “Bila Buka Mata (Mimpi Akan Hilang)” ini. Penerangan mengenai Muzik Video yang panjang dan jelas ini untuk memberi gambaran bahawa semua proses yang terlibat dalam penciptaan lagu, album dan Muzik Video adalah rumit dan bersungguh-sungguh.

Sementara itu, pendengar boleh nikmati bunyian Bila Buka Mata (Mimpi Akan Hilang) di gedung-gedung muzik pilihan mereka (Spotify/ YouTube/ Apple Music/ dll) yang telah dilepaskan pada 15 Disember 2023 yang lalu!

Ikuti @monoloquerasmi di Instagram, X dan Facebook untuk mengikuti perkembangan terkini.

Mengenai MonoloQue

Kumpulan muzik MonoloQue telah ditubuhkan pada tahun 2009 oleh pemain gitar kumpulan Butterfingers, Khairil Ridzwan Anuar atau Loque. Pada awal penubuhan, MonoloQue dianggotai oleh Loque, Kadax, Loko, Ijoo(Gagak Hitam), dan Adam(Senyap). Perubahan anggota kumpulan berlaku pada tahun 2011 dimana Adam digantikan oleh Apex. Pada tahun 2014, Loko pula pergi dan tempatnya digantikan oleh Bakri Ismail. Muzik yang dibawakan oleh MonoloQue bergenre eksperimental yang disulami lirik puitis.

Setelah lebih 1 dekad bermain dan bertukar tukar ahli sementara, pasca pandemik ini menjadi saksi monoloQue lahir semula dengan “Bunyi Baru”. Tindak balas kimia petikan gitar utama oleh ahli baru ( loQue panggil “unsur baru”, Harry ‘Misteri’ serta penggunaan kembali unsur gendang/rentak yang dihidupkan oleh “orang lama” Loko ( yang bersama loQue sejak Butterfingers juga awal era

monoloQue ) telah merombak semula secara menyeluruh, memecah ruyung bunyi monoloQue untuk menyusuri era baru lanskap bunyi bunyian kini, dan masa depan.

Ikuti MonoloQue di:

Facebook: monoloque Instagram: monoloquerasmi TikTok: MonoloQue

Hubungi:

Penerbitan Pancasona [email protected] 012-2032585

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

GLAMPING SELANGOR TRAVEL

Melaram di 10 Lokasi OOTD Untuk Abadikan Kenangan di Negeri Selangor

Ujibakat Reality Show The Maverick Academy The Demon Chef Alvin Leung