in , ,

Kisah Tanggang Moden, Aidiladha Ini Dalam Filem BAGHBAN

Kisah anak yang tidak mengenang budi banyak diceritakan dalam masyarakat kita. Ia turut menjadi plot kisah yang dipaparkan perkongsiannya dalam filem mahupun drama TV.

Ada sebahagian pihak memandang remeh situasi ini kerana beranggapan ianya tidak mungkin terjadi pada diri sendiri. Apatahlagi bila seseorang anak itu diasuh sejak kecil dengan ilmu dunia akhirat dengan sempurnanya.

Namun hidayah milik Allah. Dia yang berhak menentukan kesudahan jalan hidup seseorang. Anak yang mendapat asuhan secukupnya tidak mustahil berubah mengabaikan kedua orang tuanya bila sudah berjaya, begitu juga sebaliknya. 

watak ibu ayah dalam filem ini

Kisah Tanggang Moden, Aidiladha Ini Dalam Filem BAGHBAN di TV2

Kisah pengorbanan pasangan ibu bapa dalam membesarkan anak-anak mereka dan sikap tidak mengenang budi anak terhadap ibu bapa dipertontonkan dalam filem bertajuk “Baghban”yang bakal disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) khas Aidiladha pada 22 Ogos ini, pukul 10.00 malam di TV2.

Menampilkan gandingan hebat pelakon Amitabh Bachchan, Hema Malini, Salman Khan, Paresh Rawal dan Little Dubey, filem arahan Ravi Chopra ini mengetengahkan jalan cerita watak utama Raj yang telah bersara daripada pekerjaannya sebagai pegawai bank. 

Ketika itu Raj dan Pooja meluahkan hasrat ingin tinggal dengan anak-anak lelaki mereka terutama kerana dia telah memberi semua ganjaran persaraannya kepada anak bongsunya yang hendak membeli sebuah kereta.

Baghban_movie_poster-1024x768

Namun malangnya anak-anak mereka tidak berminat bahawa ibu bapa mereka tinggal bersama mereka. Cuma ada satu sahaja jalan yang mereka putuskan iaitu memisahkan ayah dan ibu mereka daripada tinggal sekali. Tindakan itu dianggap menjimatkan kerana tidak menanggung kedua-duanya sekaligus.

Jadi mereka memisahkan pasangan Raj dengan Pooja. Seorang anak lelaki mengambil bapanya, Raj tinggal dengannya dan seorang lagi anak lelaki mengambil Pooja. Situasi itu amat menyedihkan Pooja dan Raj yang tidak pernah berpisah sebelum ini. 

Kedua-duanya Raj dan Pooja sangat sedih terutama sejak anak mereka membuat mereka berasa mereka tidak dialu-alukan. Kehadiran mereka juga dianggap satu beban kepada mereka yang selama ini hidup selesa bersama anak dan isteri masing-masing.

Setelah enam bulan berlalu, Raj dan Pooja memutuskan untuk lari dari rumah-rumah anak mereka. Satu hari, mereka bertemu dengan Alok, anak angkat mereka yang kini merupakan seorang peniaga berjaya. 

Alok membawa mereka ke rumahnya. Mereka dilayan dengan baik oleh Alok bagai ibu bapanya sendiri. Semasa dalam penderitaannya, Raj telah menulis sebuah buku mengenai kisah pahit manis perjalanan hidup keluarganya.

Seorang penerbit mendapati buku itu sangat menarik dan mencetaknya. Raj mendapat banyak wang berikutan percetakan buku itu. Dirinya kembali dilimpahi dengan kekayaan dan wang yang banyak.

Hal itu membuatkan kesemua anak lelakinya berkumpul dan cuba mencari ayah dan ibu mereka. Sangkaan Raj dan Pooja bahawa anak-anak mereka sudah berubah berlaku sebaliknya. Mereka hanya berminat untuk mendapatkan sebahagian hasil penjualan buku itu.

Sedar akan kenyataan tersebut, Raj enggan berjumpa dengan anak-anaknya yang dianggap tidak menghormati ibu bapa mereka. Lalu apakah kesudahannya?

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Erti Pengorbanan Sebenar Dalam Empat Telemovie Khas Aidiladha

Al-Jawaher Kembali Ubati Rindu Peminat Dalam DIMENSI LEGENDA