in ,

Ada Gewe Doh! Anak Bujang DSV Tunjuk Wajah Kekasih, Ramai Komen Ugut Nak Report Cikbi

Siapa sangka rupa-rupanya dalam diam, anak bujang Dato’ Seri Vida iaitu Kacak atau nama sebenarnya Muhammad Eric Zaquan sudah mempunyai kekasih hati yang sangat cantik!

Perkara itu didedahkan sendiri oleh Kacak di akaun TikTok miliknya sehingga membuatkan ramai yang berasa cemburu!

Posting tersebut telah ditonton hampir 400ribu kali dan mendapat sebanyak 25,000 likes yang mana menunjukkan ramai ‘merestui’ hubungan mereka itu.

Namun apa yang lebih menarik lagi ialah komen yang ditinggalkan oleh pengikutnya di laman TikTok!

Ada Gewe Doh! Anak Bujang DSV Tunjuk Wajah Kekasih, Ramai Komen Ugut Nak Report Cikbi

Rata-ratanya terkejut selepas mengetahui Kacak sudah mempunyai kekasih hati dan ada juga yang sempat membawa watak sebagai DSV pada ruangan komen tersebut.

Bermacam-macam gaya ala-ala DSV ada dekat dalam komen tu sampai ramai yang turut terhibur.

KACAK

Nampaknya tak lama lagi nanti DSV dah nak dapat menantu, maka ramai lah gadis di luar sana yang patah hati dengan Kacak ya.

Agak-agak DSV tahu ke tak ya yang Kacak dah ada kekasih hati, tak sabar pula nak tahu apa reactionbeliau!

Sumber foto dan video: TikTok dan Instagram Kacak

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

BPR Tambahan Yang Ditunggu Tunggu Oieh Rakyat Teiah Dikreditkan Kepada Penerima

Filem THE GARDEN OF EVENING MISTS Akan Ditayangkan di Jepun Julai Ini