in ,

BPR Tambahan Yang Ditunggu Tunggu Oieh Rakyat Teiah Dikreditkan Kepada Penerima

Dalam PEMERKASA Plus yang telah diumumkan kerajaan baru-baru ini, pakej Bantuan Prihatin Rakyat BPR Tambahan telah diperkenalkan.

Untuk maklumat BPR Fasa 2 telah dikreditkan kepada penerima pada bulan Jun ini. Mereka yang tidak lulus boleh buat Rayuan BPR sehingga 30 Jun 2021.

Apa itu BPR Tambahan

BPR Tambahan merupakan penambahbaikan BPR 2021 dengan tambahan nilai bantuan. Pakej ini disebut dalam Program Strategik Memperkasa Rakyat & Ekonomi Tambahan (PEMERKASA +).

Syarat Kelayakan BPR Tambahan

BPR Tambahan ini akan diberikan kepada penerima BPR 2021 yang berkelayakan. Jadi penerima yang telah dapat BPR sebelum ini AUTOm4tiK akan dapat bantuan ini tanpa perlu buat permohonan baru.

Nilai Bantuan Prihatin Rakyat Tambahan

Berikut adalah nilai bantuan yang akan diterima oleh penerima : Pendapatan Isi Rumah bawah RM2500 = BPR Tambahan RM500. Pendapatan Isi Rumah bawah RM5000 = BPR Tambahan RM300. Bujang : BPR Tambahan RM100

Tarikh Bayaran BPR Tambahan

Menurut sumber rasmi LHDN, tarikh pembayaran akan dilakasanakan pada penghujung bulan Jun 2021. Tarikh sebenar bermula pada 22 Jun 2021 secara berperingkat mengikut bank masing-masing. Tarikh rasmi akan diumumkan tidak lama lagi.

Cara Semakan

Anda boleh semak kelayakan anda pada penghujung Jun 2021. Layari portal rasmi BPR : https://bpr.hasil.gov.my/. Log masuk & masukkan Nombor Kad Pengenalan anda. Tekan Semak.

Kaedah Pembayaran

Pembayaran akan dilaksanakan melalui pengkreditan ke akaun bank yang telah didaftarkan atau secara tunai di kaunter BSN. Kerajaan juga ada mengumumkan Bantuan Kanak-kanak JKM untuk golongan B40.

FAQ & Soalan Lazim

Berapakah BPR tambahan untuk orang bujang? Orang bujang yang berkelayakan akan dapat RM100. Bagaimanakah cara permohonan BPR tambahan ini? BPR tambahan tidak perlu buat permohonan baru. Ini kerana mereka yang layak menerima BPR sebelum ini, secara autom4tik akan dapat bantuan tambahan ini.

Berapakah BPR Tambahan untuk isi rumah? Keluarga yang berkelayakan akan dapat RM300 – RM500 tambahan. Bilakah pembayaran BPR Tambahan? BPR Tambahan akan dilaksanakan pada hujung bulan Jun 2021. Tarikh rasmi akan diumumkan kelak. Sila rujuk website ini untuk maklumat lebih lanjut.

Semoga berjaya dalam permohonan anda.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lucinta Luna | 12

Lucinta Luna Akui Menipu Kehamilannya, Ramai Sakit Hati Dengar Alasannya!

Cik B Vida | 13

Ada Gewe Doh! Anak Bujang DSV Tunjuk Wajah Kekasih, Ramai Komen Ugut Nak Report Cikbi