in

Acara Badminton Amal – Terbuka Sinar Latifah Anjuran Sinar FM

Acara Badminton Amal ‘Terbuka SINAR Latifah’ akan diadakan pada hari Jumaat, 7hb November 2008 di Stadium Juara, Kompleks Sukan Bukit Kiara pada jam 7.30 malam – 10.30 malam.

‘Terbuka SINAR Latifah’ merupakan acara badminton amal anjuran BAM dan SINAR yang bertujuan mengumpul dana untuk membantu pembiayaan rawatan penyakit buah pinggang Datin Latifah Mohd. Sidek, isteri jurulatih badminton negara Datuk Misbun Sidek.

Bintang-bintang badminton negara dan para penyampai SINAR berganding bahu menjayakan usaha murni ini. Antara yang dinanti-nantikan adalah:

  1. Perlawanan Krew SINAR Pagi (Krill, Kak Engku dan Salih) vs Datuk Misbun Sidek
  2. Krew SINAR Pagi vs Datuk Lee Chong Wei
  3. Lelongan barangan Datuk Misbun dan Datuk Lee seperti raket dan jersi

Pembaca semua dijemput hadir.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nor Radhiah Ramli Dakwa Masih Isteri Aziz M. Osman?

LAGU ALBUM BARU INDAH RUHAILA BINTANG BARU SURIA RECORDS