in

Nor Radhiah Ramli Dakwa Masih Isteri Aziz M. Osman?

Peliklah, Ustazah Nor Radhiah Ramli cakap, dia masih lagi isteri kepada Aziz M. Osman. Tak bercerai lagi pun. Mana satu kita nak percaya ni?

‘Saya masih isteri Aziz’

KUALA TERENGGANU – “Aziz belum jatuhkan talak terhadap saya.” Itu luahan Nor Radhiah Ramli mengulas status perkahwinannya ketika ini dengan pengarah terkenal, Aziz M. Osman di sini semalam.

Malah guru kelas agama dan fardu ain berusia 22 tahun ini berkata, beliau sudah meminta kepastian daripada Mahkamah Syariah, di sini mengenai status perkahwinannya semalam yang mengatakan pernikahan dengan Aziz masih sah.

“Sebenarnya saya juga sudah mendapat surat daripada Mahkamah Syariah pada 28 Julai lalu yang mengatakan perkahwinan saya sebelum ini sudah terbatal.

“Aziz juga sudah dimaklumkan mengenai perkara ini sejak kami masih berkawan dan sehingga kini kami masih suami isteri yang sah,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sebarang Baruh dekat sini, semalam.

Beliau mengulas laporan sebuah akhbar mengenai dakwaan ibu pengarah itu, Afida Es yang mengesahkan kedua-duanya sudah berpisah.

Afida mendakwa perkahwinan tersebut tidak sah kerana Nor Radhiah masih dalam tempoh edah selepas bercerai dengan bekas suaminya.

Aziz dan Nor Radhiah bernikah di Masjid Padang Nenas, Kuala Terengganu pada 16 Ogos lalu selepas mula berkenalan ketika mengerjakan umrah pada Mac lalu.

Dalam pada itu, Nor Radhiah enggan mengulas mengenai perkahwinan sebelum ini dengan bekas suami yang dianggap satu kesilapan dan tidak mahu mengungkit mengenainya.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply
  1. just my point of view……it is better ‘mak mertua’ jangan masuk campur hal anak2 mereka……..just couldnt understand why aziz didnt want to meet his anymore to settle the matters………hhhaaaiiizzz……….

  2. Ini semua salah Aziz yg bersikap mendiamkan diri. Yg jadi mangsa emak dan isteri dia. kesian kat isteri dia. malu yg teramat sgt. Buat Aziz jgn lah pentingkan diri sendiri.

  3. mula2 time baca kenyataan afida es aku rasa kcian sgt ngn aziz….tp skg ni aku kcian pla ngan ustazah ni…aziz buat la knyataan..jgn asyik mendiamkan diri je..

  4. apalah ajis ni ….ni bkn kes tipu. ustazah kan da blng siang2 yg prkahwinan prtama tu da batal…apa lagi?atau u jer yg cari jln nk lari dr ustazah tu …jgn mcm tu…bkn dunia jer yg da tua u pn da tua jgk ajis i…sendiri mau ingat

  5. aziz nie bukan saje dah tua……..tapi dah 3 kali kahwin takkan tak tahu kot….ntah ape yg dia nak tak tahu lah……..tak baik buat begitu pada radhiah…..jantan sewel!!!!!

  6. aiseh..kes camni pn ade ke..??tolong la aziz..xkn le nk diam jek..nk memaparkn KEBODOHAN sendiri sbb kawen ngan pempuan yg dlm edah..??kn radhiah tu dh cite awl2, xkn le xtau..wat lawak jek le pakcik ni..ke kawen tnpa restu afida es ni..huhu..opps.. :p

  7. KUALA LUMPUR – Pernikahan pengarah filem terkenal, Aziz M. Osman, 46, dengan Nor Radhiah Ramli, 22, adalah sah di sisi undang-undang dan juga hukum syarak kerana pernikahan Nor Radhiah sebelum ini telah diisytiharkan oleh Mahkamah Syariah sebagai tidak sah.

    Menurut tokoh agama, Datuk Dr. Harun Din, pernikahan seseorang itu adalah sah dengan syarat lima rukun nikah iaitu calon suami, calon isteri, wali, saksi dan juga akad.

    “Urusan pernikahan adalah mengikut peraturan negeri dan melalui jurunikah yang telah ditauliahkan.

    “Jika pernikahan telah diisytiharkan oleh kerajaan negeri sebagai tidak sah maka tidak wujud istilah talak ataupun cerai oleh itu si isteri boleh bernikah lain,” katanya ketika diminta mengulas status pernikahan Aziz ekoran wujud dakwaan menyatakannya tidak sah.

    Ia ekoran dakwaan ibu Aziz, Afida Es bahawa perkahwinan itu tidak sah kerana Nor Radhiah berkahwin dengan Aziz dalam tempoh edah selepas bercerai dengan suaminya sebelum ini.

    Kedua-duanya bernikah pada 16 Ogos lalu.

    Namun, Harun memberitahu, sekiranya si isteri pernah bersetubuh sebelum ini dengan ’suami pertamanya’ yang dikira sebagai ‘bersetubuh dalam kesamaran’ atau wati syubhah maka dia perlu melalui proses edah bagi mengelak keraguan jika mengandung.

    Sementara itu di Kuala Terengganu, Nor Radhiah yang dihubungi memberitahu, beliau terpaksa menunggu tiga bulan lagi untuk mengetahui pengesahan perkahwinan dengan pengarah Aziz daripada Mahkamah Syariah, di sini.

    Katanya, dia sudah mendapatkan borang pengesahan perkahwinan dan berharap masalah yang dihadapi dengan suaminya selesai secepat mungkin
    -Kosmo

  8. aku sokong cakap korang sumer….tp ye la..dah lepas..la nih en.ajis pun dah kawen lain…ngan anak kawan dia…kawen..jgn tk kawen…pas nih jgn cerai lagik..patut umur cam ni dah settle dah, cam sesetengah artis veteren yg lain tuh…

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Aziz M Osman Kena Tipu Oleh Ustazah Nor Radhiah Ramli

Acara Badminton Amal – Terbuka Sinar Latifah Anjuran Sinar FM