Home HOME | My Few.net | Foto Blog | Enter-tainment | Tips Money | Who Linked Me | Contact Me | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)









[ Lebih 25 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]






Zahiril Adzim Dan Nas T Berlakon Drama Bersiri Waris

ZAHIRIL ADZIM DAN NAS T MUNCUL DALAM DRAMA BERSIRI WARIS DI TV2

Nama dua pelakon kacak yang sedang mencipta nama dalam bidang lakonan, Zahiril Adzim dan Nas T sememangnya mendapat tempat di hati peminat setia industri seni tanah air terutama membabitkan golongan muda seusia mereka. Ternyata kehadiran mereka mewarnai industri bukan bersandarkan penampilan menarik mereka semata sebaliknya turut didukungi dengan pembawakan watak yang berkesan masing-masing.

Mereka pernah membintangi filem Kami yang mencetuskan fenomena di kalangan remaja dan terbaharu menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM), kedua-dua pelakon remaja ini muncul dalam drama bersiri Waris bersiaran mulai 3 November 2009 ini, jam 10.00 malam, setiap Selasa di TV2 membawakan watak berbeza dimana Nas T mendukung watak ‘hitam’ sisi jahat pemuda bernama Ramon manakala  Zahiril Adzim pula sebaliknya menghidupkan watak Finn, teman Ari yang masih mengekalkan kemunculan Rusdi Ramli seperti dalam filem Waris Jari Hantu.

Diaspirasikan daripada filem popular itu,drama bersiri 13 episod terbitan Pesona Pictures Sdn Bhd ini mengetengahkan plot Waris yang dimulai kesinambungan sisi kehidupan Ari yang tinggal bersama Mak Longnya di Ampang Batu setelah kejadian yang berlaku di Mendekar. Dia mendapat sokongan kakaknya, Kasma juga Tina, kawan baiknya. Begitu pun kehadirannya di situ tidak disenangi sebahagian penduduk kampung terutamanya Rubiah. Namun segalanya tidak mematahkan semangat Ari untuk terus berbakti mengubati penyakit dan membuat ubat-ubatan herba membantu mereka yang memerlukan bantuannya untuk berubat. Pada masa sama dia terpaksa berdepan dilema semangat harimau yang diwarisinya.

Ari berkenalan pula dengan Renee dan tanpa diduga dia dapat merasakan ada sesuatu yang mengawal Renee. Tia pula mengajak Ari menemaninya menyertai pertandingan nyanyian walaupun dibantah ayahnya, Pak Leman. Akhirnya Tia terpilih untuk ke peringkat akhir dimana salah seorang juri, Ramon tertarik hati dengan kecantikan Tia.

Tia memutuskan lari dari rumah namun Reena terus membawanya ke rumah Ira. Ari pergi ke Kuala Lumpur mencari Tia dan berkenalan dengan jiran Ira yang pelik bernama Finn. Pada malam itu Ari hantui lembaga misteri di rumah Ira. Ramon, penerbit rakaman cuba memancing Tia yang lurus dengan menyuruh Reene memujuk Tia menyain kontrak dengan syarikatnya.

Ari bertemu Tia di studio namun dia bertegas tidak mahu mengikut Ari pulang ke kampung. Satu pergelutan berlaku antara Ari yang cuba menyelamatkan Tia daripada perangkap Ramon dengan semangat saka yang dimilikinya. Kejadian itu membuatkan Ramon mengupah Harman mencari siapakah musuh yang cuba mencabarnya.

Ketika membersihkan bilik stor di rumah Ira, Ari terjumpa buku lama kepunyaan Kasturi. Finn yang masih trauma menceritakan tentang kisah Kasturi. Untuk menyiasat lebih lanjut, Ari pulang ke kampung bertemu Nenek Alam yang kemudiannya terkejut kerana gambar Kasturi menyerupai Tia. Kasturi sebenarnya primadona yang telah dikatakan telah hilang hingga kini.

Di situlah terbongkar cerita keluarga mereka menyimpan misteri kehilangan Kasturi. Ari telah bermimpi bertemu Kasturi dan kemudiannya diserang lembaga misteri. Ramon pula dengan bantuan Harman cuba menggunakan kuasa hitam terhadap Ira namun terkena pada Wati meskipun sedar kuasanya tidak setanding Ari.

Ari mendapat gambaran yang pelik bila tiba-tiba berada ‘di alam’ Kasturi dan menyaksikan mengarang puisi. Sementara Nenek Alam pula terkejut melihat Ari dan Tia yang tak ubah seperti Kasturi dan Zallli. Dia sekali lagi terkejut melihat Ramon yang benar-benar menyerupai Chandran ketika muda.

Nenek Alam memberitahu Ari tentang rahsia batu loket hitam yang dipakai Ramon. Siapakah Ramon yang sebenarnya? Apakah hubungan antara Kasturi dengan Chandran dan Zalli yang diketahui oleh Nenek Alam yang ingin dikongsi dengan Ari? Mampukah kuasa dimiliki Ari beradu kekuatan dengan kuasa milik Ramon yang diwarisi daripada datuknya Chandran?

Untuk mengetahui kesudahan drama menarik ini, pastikan anda meluangkan masa menonton Waris, setiap Selasa, jam 10.00 malam menerusi saluran Dunia Ria, TV2 yang turut dibintangi Linda Hashim, Kavita Sidhu, Lana Nordin dan Amelia Chen.

Tags: , ,

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Montage Drama Merah Putih Lagu KAU AKU Nyayian Aizat
  • Drama Merah Putih Lakonan Zahiril Adzim dan Ellyas Abdullah
  • Filem KARAOKE Menang anugerah Mavericks di Festival Filem Antarabangsa Calgary
  • Kisah Lagenda Bawang Merah Bawang Puteh Versi Lelaki Dalam Merah Putih
  • Jaclyn Victor Menang Anugerah Pelakon Harapan Wanita di FFM22
  • Fairil Emran, Anding Indrawani & Melissa Campbell Dalam Ghost
  • Drama Kekasihku Seru di Slot Drama Seram TV3
  • Fasha Sandha dan Kerusi Rehat di Lokasi Drama Kontrak Cinta
  • Drama Bersiri Kisah Kaisara Lakonan Sari Yanti dan Wan Sharmila
  • Zizan Nin Pelakon Puaka Kain Kapan Drama Keliwon TV3



  • =========================
    PERHATIAN KEPADA PEMBACA BUDIMAN,

    SILA GUNA BAHASA YANG SOPAN DAN BERHEMAH KETIKA MENULIS KOMEN. SILA HINDARI DARIPADA MENYENTUH TENTANG SENSITIVITI INDIVIDU, AGAMA DAN PERKAUMAN.

    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM


    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:










    Hits & Statistic





    View Blog Stats







    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK





    Nantikan MOVIE DAY OUT BERSAMA PEMBACA - FILEM EVOLUSI KL DRIFT tak lama lagi!