in ,

Biodata Yatt Hamzah, Dari Zaman Permulaan Hingga Zaman Berhijrah

Di sini dikongsikan biodata dan profile pelakon kita yang bernama Yatt Hamzah yang kini sudah berimej tudung.

Haryati “Yatt” Hamzah (lahir 13 April 1980) ialah seorang pengacara televisyen, model dan pelakon wanita Malaysia, berasal dari Muar, Johor.[1][2][3]

Yatt amat meminati bidang lakonan sejak di bangku sekolah lagi dan amat aktif dalam drama, pentomin dan teater hinggalah ke peringkat universiti. Antara filem dan drama yang pernah dibintanginya ialah Impak Maksima, Kecoh Betul, Rencong, Nasi Lemak Lebaran, Kaber Hero Kaber Zero, Dunia Baru, Jejak, Gerak Khas, Masa Dulu2, Dilema Wanita, Mat Jenin, Bella dan Ular Emas.

Dalam bidang pengacaraan pula, bakat Yatt menyerlah kerana selain sibuk dengan rancangan Interaktif Sukan di TV1, Sajian Bayu dan 4C (Cergas, cantik, Ceria, Citarasa) di TV2, Yatt dilamar pula oleh TV9 untuk mengacarakan sebuah rancangan bual bicara santai Nasi Lemak Kopi O di samping Aziz Desa.

Selain berlakon, mengacara dan menjadi peragawati fesyen, Yatt juga laris sebagai duta produk dan model iklan. Antara iklan-iklan yang pernah dibintanginya termasuklah Pond’s, Yamaha, Pringles, She Cologne, Bintang Fesyen, Rosken, Binary, Ratu Sari dan Sport Elect.

Yatt Hamzah

Setelah bertudung, Yatt kerap pula menerima undangan sebagai ahli panel di forum-forum agama.

Yatt telah melangsungkan majlis pernikahannya 29 Mac 2009 dengan Abdul Mutalib Abdul Shukor. Mereka mengikat tali pertunangan pada 2 Februari 2008 setelah hampir lima tahun mengenali hati budi masing-masing.

Mereka memiliki seorang anak bernama Suci Hanania Malika. Tetapi perkahwinan mereka menemui titik noktah pada 25 Ogos 2015. Mereka bercerai talak satu dihadapan hakim mahkamah syariah setelah Yatt memfailkan cerai terhadap bekas suaminya itu.

Yatt Hamzah Sah Bergelar Isteri Zulfadhli Dengan Sekali Lafaz

Pada 27 Februari 2016, Yatt selamat diijabkabulkan bersama pilihan hatinya Muhammad Zulfadhli Khairudin, di dalam satu majlis akad nikah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Majlis yang berlangsung secara sederhana itu turut dihadiri oleh keluarga kedua-dua belah pihak dan kenalan rapat pasangan tersebut.

Yatt terlibat dalam satu kemalangan jalan raya pada 2016, namun terselamat tanpa mengalami sebarang kecederaan.

Pada 15 September 2020, beliau mengalami keguguran cahayamata kelima akibat keracunan makanan selepas makan di sebuah restoran.

yatt-hamzah

NAMA SEBENAR: Haryati Hamzah
TARIKH LAHIR: 13 April 1980
TEMPAT LAHIR: Muar, Johor
STATUS: Berkahwin
SUAMI: Abdul Mutalib Abdul Shukor
ANAK: Suci Hanania Malika, 1
PENDIDIKAN: Ijazah Sarjana Muda Kepujian Komunikasi Massa & Pengajian Media UiTM, Shah Alam
KERJAYA: Model, pengacara dan pelakon

ANTARA DRAMA: Nasi Lemak Kukus, Rencong, Kaber Hero Kaber Zero, Hidayah, Bella, Ritma Kolej, Rendang Raya Mak Tijah, Ular Emas, Man Pos Masuk Kampung, Madu 1,2,3, Hijab Kekasih, Maya Helena, Pak Su Man, Issandra, Amanah Karmila, Kaber Hero, Kaber Zero, Dunia Baru, Nasi Lemak Lebaran, Memoir Seorang Lelaki, Tentangan Maut, Kasih Alia & Siti Mariam

FILEM: Impak Maksima dan Kecoh Betul

PROGRAM: Joran Ria, Smart G, 4C, Selamat Pagi Malaysia, Nasi Lemak Kopi `O’, My Share Power, Karpet Merah Festival Filem Malaysia Ke-21, Pop Kuiz dan terbaru, Malar Segar

What do you think?

74 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

My No Compromise Experience

Zahiril Adzim Dan Nas T Berlakon Drama Bersiri Waris