in ,

Video Kaka Slank Buka Seluar di APM2009

Tindakan kotor oleh Kaka, vokalis kumpulan rock dari Indonesia SLANK dengan spontan menayangkan seluar dalam putihnya di mana telah ditulis “Bombers Kiss My Ass” dan memakai jaket terbuka sehingga mendedahkan dada dan perutnya mencerminkan Indonesia sebagai tuan rumah telah ‘mencemari’ tema keharmonian dan keamanan Anugerah Planet Muzik 2009.

Ini dia video di mana Kaka Bukak Seluar di APM2009

Di Indonesia, ramai dah tahu tentang perangai Kaka yang memang selamba, tak suka berbaju pakai lepas dan sempoinya. Namun, Kaka sepatutnya mengikut tema dan kesesuaian acara untuk menghormati majlis. Ini bukan majlis tertutup di Indonesia saja, tapi ditonton semua lapisan orang, termasuk kanak-kanak dan berupa acara serantau yang ke udara live di Malaysia, Singapura, Brunei Darussalam. Hormat majlis la sikit.

Kalau Kaka buat macam tu kat Malaysia, dah lama Slank kena denda atau dibanned macam insiden buka baju Faizal Tahir tahun lepas yang melihatnya kena ban selama tiga bulan oleh MCMC (Malaysian Communications and Multimedia Commission) dari keluar TV. Tapi tak tahu lah pulak di Indonesia macamana.

Menurut Pengarah Urusan Beyond Events Sdn. Bhd., Amin Hussen, selaku pihak penganjur mereka memohon maaf atas perkara yang berlaku.

“Saya rasa budaya antara Indonesia, Singapura dan Malaysia agak berlainan, jadi mungkin mereka (orang Indonesia) dah biasa sangat dengan perkara seperti ini tetapi ia tidak disenangi oleh orang Malaysia dan Singapura. Sebagai penganjur, kami ingin memohon maaf kerana ia di bawah kawalan kami dan memang tidak menjangkakan hal seperti itu akan berlaku. Masa sesi raptai pun dia (Kaka) tidak membuat perkara seperti itu. Kami juga menantikan pihak Global TV untuk memberikan penjelasan mengenai hal itu dan apakah tindakan yang akan diambil esok.”

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Pemenang Anugerah Planet Muzik 2009

Penerbit Filem David Teo Mencari Pelakon Watak Toyol