in

Ujibakat Akademi Al-Quran Musim 5

AKADEMI AL-QURAN MUSIM KELIMA (AQ5) MENCARI BAKAL QARI DAN QARIAH

Akademi Al-Quran, sebuah program mendidik generasi Islamik dan celik Al-Quran kini muncul dengan musim kelima.

Program yang pernah mencecah sehingga 1.5 juta penonton ini sedang mencari bakal-bakal qari dan qariah yang dapat mewarnai program realiti Akademi Al-Quran 5 yang bakal menemui penonton pada awal tahun hadapan.

Bagi merealisasikan program tersebut, ujibakat di beberapa negeri aka diadakan dan bermula pada 8 November ini. Berikut adalah jadual ujibakat AQ5:

8 – 9 November Masjid Al-Bukhary, Alor Setar, KEDAH
11 – 12 November Dewan Kompleks Balai Islam, Kota Bharu, KELANTAN
14 – 15 November Institut Quran Terengganu (IQT), TERENGGANU
18 – 19 November Kolej Pengajian Islam Johor (Marsah), Johor Bahru, JOHOR
22 – 23 November Masjid Sultan Idris Shah II, Ipoh, PERAK
27 – 28 November Muzium Kesenian Islam, KUALA LUMPUR

Setelah menjelajah keenam-enama lokasi ini, hanya 10 peserta yang benar-benar memenuhi kriteria akan dipilih untuk menunjukkan kebolehan mereka di atas pentas AQ5.

Peserta yang ingin mencuba nasib menjadi peserta kepada program yang pernah mencecah hingga 1.5 juta penonton ini perlulah membawa gambar berukuran saiz poskad dan pastikan anda semua adalah rakyat Malaysia. Lebih menarik, penyertaan pada musim ini dibuka kepada adik-adik berusia lingkungan 13 tahun hingga 27 tahun.

Kelahiran program realiti Akademi Al-Quran terbitan TV9 sejak 2006 ini telah berjaya meningkatkan kualiti bacaan Al-Quran secara taranum dengan bimbingan daripada mereka yang pakar dalam bidang tajwid dan qiraat. Selain daripada peserta dapat mendalami ilmu Al-Quran, para penonton juga bertuah kerana dapat berkongsi pembacaan Al-Quran menerusi penerangan dan bimbingan tenaga pengajar dan juri dalam setiap rancangan tersebut.

Sehingga kini, 4 qari hebat telah ditemui iaitu Anuar Hasin yang dinobatkan sebagai Juara bagi AQ1, Abdullah Fahmi Che Nor sebagai Juara AQ2, Fakhrul Radzi Khamaruddin sebagai Juara AQ3 dan baru-baru ini Juara AQ4 menjadi milik Ahmad Tirmizi Haji Ali.

Adakah anda bakal bergelar juara Akademi Al-Quran Kelima? Belum cuba belum tahu! Pastikan aknda tidak ketinggalan untuk menyertai ujibakat yang telah disediakan ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

UNIQLO Fahrenheit 88 Kuala Lumpur Dibuka Hari Ini

Ujibakat Hos 8TV Quickie Search 2010