in

TV3 Kids Parade Bertemakan Persahabatan

TV3 Kids Parade merupakan satu acara perarakan kanak-kanak yang melibatkan unit-unit kontijen yang terdiri daripada pasukan pakaian beragam, tadika, rumah-rumah kebajikan, kumpulan kebudayaan, pasukan pancarag am sekolah dan pasukan sorak dari kawasan sekitar Lembah Klang.

TV3 Kids Parade bertujuan untuk menemukan pelbagai kelompok kanak-kanak dan keluarga dalam satu acara istimewa bertemakan “Persahabatan” bagi memupuk semangat setiakawan dan muhibah dikalangan semua yang terlibat. 

Selain perarakan kanak-kanak ini, para pengunjung berpeluang menyertai pelbagai acara dan persembahan serta berpeluang menerima pelbagai cenderamata dan permainan ekslusif untuk dimenangi. Antara acara yang dianjurkan di majlis Kids Parade ini ialah beramah mesra bersama karakter kartun, persembahan cheerleader, persembahan silap mata, persembahan teater Kanka-Kanak, melukis kaca, pertandingan beragam Barbie, Voice Out Arts & Craft, sudut bacaan, pertandingan mewarna dan banyak lagi.   

Hari/Tarikh : 12 April 2009 (Ahad)

Waktu : 8.00 pagi-12.00 tengahari

Tempat : Perkarangan Sri Pentas, Bandar Utama

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sambutan Maulidur Rasul Tahun 1430H / 2009M di Masjid Negara

Sinopsis Drama Embun Mutiara Lakonan Eira Syazira, Mas Muhaini, Awal Shaari