in , ,

Sinopsis Drama Embun Mutiara Lakonan Eira Syazira, Mas Muhaini, Awal Shaari

Sinopsis Drama Embun Mutiara

Epilog perjalanan kisah Embun Mutiara memaparkan tentang adik beradik bernama Embun dan Mutiara yang dilahirkan pada tahun yang sama dan sering dikenali sebagai kembar tidak seiras.

Namun ternyata sikap mereka langsung berbeza kerana personaliti Embun suka mengarah, mengejar glamour dan bercita-cita untuk menjadi model terkenal.

Manakala Mutiara bersikap mesra, rendah diri, bijak dan sederhana. Mereka tinggal di banglo mewah bersama ibu mereka, Athiera, pakcik saudara, Hadi dan pembantu rumah yang sudah lama berkhidmat, Mek Nab.

Athiera merupakan ibu tunggal yang masih cantik dan pandai mendidik anak-anaknya. Dia memantau setiap pergerakan anaknya serta tidak suka anaknya terjerumus di dalam bidang hiburan.

Tambahan pula dia sendiri duduk di bawah telunjuk abangnya, Hadi yang merupakan usahawan yang bermata duitan dan sentiasa mengutamakan wang dan kemewahan dalam semua aspek termasuk memilih calon adik iparnya mahupun menantu yang bakal mengahwini anak saudaranya. Namun, Athiera mempunyai rahsia besar yang masih tersimpan kemas dari pengetahuan sesiapa.

Embun berkenalan dengan jurugambar iaitu Roni secara kebetulan ketika dia tercicirkan gambarnya sewaktu menghadiri sesi ujibakat. Roni merupakan jurugambar bebas dan dia benar-benar terpesona dengan kejelitaan Embun. Embun yang pada mulanya berhasrat untuk mempergunakan Roni mulai jatuh cinta dan akhirnya mereka merancang untuk berkahwin.

Namun, Embun memungkiri janjinya dengan kejadian yang mengaibkan apabila Embun dua kali berturut-turut lari dari pertunangan dan perkahwinan demi menghadiri ujibakat menjadi model. Mutiara menjadi galang ganti dengan terpaksa berpura-pura mengantikan Embun sebagai pengantin sehingga Roni sendiri akhirnya terpikat dengan keluhuran Mutiara dan mengahwininya. Mutiara mula tersepit! Apakah kesudahan kisah cinta tiga segi ini dan apakah rahsia yang Athiera simpan?

Untuk mengetahui lebih lanjut, saksikan Embun Mutiara setiap hari Jumaat dan Sabtu, jam 9.00 malam bermula pada 10 April 2009 di TV3!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

TV3 Kids Parade Bertemakan Persahabatan

Alex Yoong, Syed Farradino Omar In Person Di Astro Awani