Tokoh Seni Lukis Negara Datuk Ibrahim Hussein Meninggal Dunia
Tokoh Seni lukis dan seni reka negara, Datuk Ibrahim Hussein (gambar) yang lebih dikenali sebagai Ib meninggal dunia pada jam 4 pagi tadi kerana serangan jantung. Beliau meninggalkan seorang balu dan seorang anak perempuan. Allahyarham merupakan pelopor kepada pembukaan Yayasan Kesenian dan Muzium Ibrahim Hussein (IHMCF)di Langkawi, Kedah.
Sementara itu, Presiden PAS, Datuk Seri Abd Hadi Awang merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Ibrahim Hussein yang telah pulang ke rahmatullah awal pagi tadi. Hadi menyifatkan Allahyarham, yang berasal dari Sg. Limau, Yan, Kedah telah banyak menyumbang jasa dan khidmat kepada negara dalam bidang yang diceburi dan minatinya.
“Allahyarham telah menerima pengiktirafan bukan hanya diperingkat tempatan tetapi juga diperingkat antarabangsa,” kata Hadi dalam satu kenyataan akhbar hari ini.
Jelas beliau, PAS akur bahawa sumbangan dan jasa beliau telah banyak mengharumkan nama negara.
“Pemergian Allahyarham sudah tentulah merupakan satu kehilangan besar khasnya buat bidang seni lukis dan seni reka negara. PAS mendokan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah swt dan ditempatkan dikalangan mereka yang beriman,”ujarnya.
Tags: Berita
Tags: BeritaClick on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:





February 19th, 2009 at 2:12 pm
takziahh..
February 19th, 2009 at 3:54 pm
Wife dia & anak dia cantik…….. xsangka beliau dh meninggal….
February 19th, 2009 at 10:49 pm
rip
awesome painter this guy was
February 20th, 2009 at 2:22 am
Al Fatihah to this legend….
February 20th, 2009 at 12:38 pm
Takziah..Alfatiha..
Intan: Muka cantik ke,buruk ke..asal makhluk Tuhan namanye,pasti akan mati..
February 25th, 2009 at 6:34 pm
Takziah,satu kehilangan yg besar dlm dunia lukisan…moga rohnya dicucuri rahmat. insyaallah
July 10th, 2010 at 11:28 am
kepada keluarga datuk ib,smga dcucuri rahmat dan hidayahnye ke atas pemergiannya ke rahmatullah…………..datuk seorang pelukis yg btl2 berbakat dan sy sbgai pelajar seni amat berbnga dgn kejayaan datuk ib……….namun pemergiannya ini adalah suatu tkdir dari illahi dan allah lbh sygkn beliau…………alfatihah…………..amin
August 10th, 2010 at 9:16 am
takziah..harap semua redha d’atas pemergian arwah.RIP…ada hikmah atas pemergian arwah………..