in

JOM SERTAI KUIZ TEKA SUARA SIAPA DI SURIA FM

2009 menyaksikan Suria fm terus mengatur strategi untuk meningkatkan lagi jumlah pendengar selain lebih dekat dengan khalayak pendengarnya. Bermula dengan penukaran tagline baru, ‘Muzik Terbaik Tanpa Henti’, sesi ‘Road Tour Lelong Amal’ dan terbaru, kuiz ‘TEKA SUARA SIAPA DI SURIA’ yang bakal bermula 16 Februari hingga 15 Mac ini bermula 8 pagi – 8 malam.  

Konsep kuiz ini cukup mudah yang mana setiap perkataan MUZIK TERBAIK TANPA HENTI akan disebut oleh 4 personaliti yang berbeza (terdiri daripada penyanyi (solo / berkumpulan), pelakon, pengarah, ahli sukan atau tokoh tokoh terkenal. Tanpa mengira siapakah yg menyebut perkataan perkataan MUZIK TERBAIK TANPA HENTI, jika nama personaliti itu tersenarai dalam jawapan yg diberikan maka pendengar akan memenangi wang tunai sebanyak RM 1,000 untuk setiap nama yang betul yang disebut buat pertama kalinya. Jika kesemua personaliti dapat dijawab dengan tepat, pendengar akan memenangi wang tunai terkumpul berjumlah sehingga RM 50 ribu.    

Pendengar hanya perlu mendaftar menerusi SMS setiap jam dengan menaip SURIA<jarak>TSS diikuti nama penuh dan no MYKAD ke 33511 dan nantikan panggilan daripada penyampai SURIA FM. Untuk keterangan lanjut, boleh layari www.suriafm.com.my   

Barisan penyampai Suria fm:-

TUAH ZOQARNAIN & ZIZI
Program: BREAKFAST@SURIA (6 pagi – 10 pagi,   Isnin – Jumaat)

MYRA       
Program: SURIALICIOUS (10 Pagi – 1 tghri,   Isnin – Jumaat)   

NAIM      
Program: SURIANOVA (1 tghri – 4 ptg,   Isnin – Jumaat)    

ZAFF
Program: SURIA DRIVE IN (4 ptg – 8 mlm,   Isnin – Jumaat)    

AKHTAR: 
Program: SURIA 8’11 (8 mlm – 11 mlm , Isnin – Jumaat)  

BOB RINGGO  
Program: SURIA MEETNITE (11 mlm – 2 pagi)  

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai 5 Finalis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008

Tokoh Seni Lukis Negara Datuk Ibrahim Hussein Meninggal Dunia