in

Tokoh Malaysia dalam Jurnal Ikon Selangorfm

Dekati Tokoh Ternama Tanah Air Menerusi Jurnal Ikon Selangorfm

Program yang berkonsepkan bual bicara Jurnal Ikon adalah sebuah program terbitan radio Selangorfm. Ia bersiaran setiap hari khamis mulai 4 Oktober 2012, jam 3.15 petang, menerusi frekuensi 100.9 Radio Malaysia Selangorfm. Program ini telah melalui satu musim penerbitannya, ianya bermatlamat untuk mencungkil, menyelongkar dan membongkar kisah perjalanan dan kejayaan seseorang ikon itu.

Pelbagai ikon yang telah berjaya dari pelbagai lapangan bidang menjadi tetamu untuk program jurnal ikon pada musim yang pertama dahulu antaranya seperti mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohammad, Angkasawan Pertama Negara Datuk Dr. Sheikh Muszaphar, pereka kasut terkenal Datuk Jimmy Choo, jutawan internet Irfan Khairi, Jurulatih Harimau Muda Ong Kim Swee, Datuk Sheila Majid dan ramai lagi.

Program ini diterbitkan oleh Dj Sharul Bahat yang bertindak sebagai pengantara program ini, bersama dengan pengantara baru Dj Aishah yang juga bertindak selaku penolong penerbit.

Jika Jurnal Ikon pada musim pertama dibawakan secara langsung dari bilik siaran, dan kadangkala atas sesuatu kekangan program ini ditampilkan dalam bentuk rakaman. Manakala untuk musim kedua pula satu kelainan telah ditonjolkan bilamana program ini bukan sahaja ditampilkan dalam bentuk audio yang disiarkan menerusi siaran Selangorfm, tetapi juga temu ramah akan dimuat turun sejam selepas siaran di radio menerusi laman you tube yang akan di pautkan di laman fan page “jurnal ikon” di facebook dan twitter. Oleh itu para pendengar kini boleh melayari rakaman tersebut.

Antara tetamu yang bakal muncul menerusi program Jurnal Ikon secara eksklusif untuk musim kedua ialah Atlet Paralimpik Hasihin Sanawi, pelakon Rosyam Nor, penggiat teater Faridah Merican, tokoh Maal Hijrah Prof. Emeritus Tan Sri Dato Dr. Abdul Shukor dan ramai lagi.

Jangan ketinggalan untuk mendekati ikon – ikon ternama tanah air setiap hari Khamis, jam 3.15 petang bersama Dj Shahrul dan Dj Aishah secara eksklusif hanya di 100.9 Radio Malaysia Selangorfm.

Sheila Majid

mahathir

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Review Hotel Eastin Hotel Penang

Video Fara Fauzana Takut Ular