in

The Ring Mission di 8TV

THE RING MISSION
Realisasikan impian pasangan pengantin

Eksklusif di 8TV
The Ring Mission
Tarikh siaran: 5 Jun – 28 Ogos 2011
Hari: Ahad
Masa: 7.00 – 8.00 malam
Episod: 13 x 60 minit
Bahasa: Mandarin
Genre: Realiti

Semua orang mempunyai impian perkahwinan masing-masing. Ada yang mengimpikan perkahwinan yang besar dan mewah, ada juga yang mengimpikan perkahwinan secara kecil-kecilan yang ditemani sahabat handai dan keluarga terdekat tidak kurang juga yang mempunyai impian perkahwinan di tepi pantai.

Walaupun setiap manusia mempunyai pelbagai versi tentang sebuah majlis perkahwinan, namun satu persamaan yang nyata ialah masing-masing pastinya mengimpikan satu perkahwinan yang sempurna!

rsd-ringMissionTontonScreen2

Untuk sebuah perkahwinan yang sempurna bukanlah sesuatu yang mudah. Perancangan yang teliti sangat penting untuk merealisasikan impian pengantin yang mahukan sebuah majlis perkahwinan yang sempurna tanpa sebarang cacat-cela. Maka perancang perkahwinan merupakan individu penting dalam sesebuah majlis perkahwinan.

Merancang sebuah majlis perkahwinan yang sempurna bukanlah sesuatu pekerjaan yang mudah. Dari kek perkahwinan, perhiasan, gaun pengantin, khidmat pengangkutan, kad jemputan, hidangan untuk para tetamu, dewan, muzik – semuanya perlu diuruskan oleh perancang perkahwinan. Atas dasar itu, 8TV akan membawakan sebuah rancangan realiti untuk mencari perancang perkahwinan terbaik dalam THE RING MISSION.

Buat pertama kalinya dalam sejarah penerbitan Malaysia, rancangan realiti mencari perancang perkahwinan terbaik diterbitkan bagi memberi pengiktirafan dan platform kepada mereka yang bekerja keras merealisasikan impian ramai pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan masing-masing.

Sertai hos Gary Yap dan Belinda Chee bersama-sama dengan dua puluh (20) perancang perkahwinan dalam misi untuk merealisasikan impian perkahwinan pasangan yang akan mendirikan rumah tangga. Adakah impian perkahwinan mereka akan terlaksana atau bertukar menjadi mimpi ngeri? Saksikan THE RING MISSION untuk mengetahui kesudahan program ini.

THE RING MISSION akan dibawakan kepada anda menerusi saluran hip 8TV setiap Ahad jam 7.00 malam bermula 5 Jun 2011.

“Program ini menerapkan format baru dan segar dan sangat berguna untuk pasangan-pasangan yang sedang sibuk membuat persediaan perkahwinan. THE RING MISSION merupakan sebuah rancangan yang penuh dengan karakter, budaya dan kreativiti!” ujar Cik Airin Zainul, Pengurus Besar Kumpulan 8TV dan ntv7.

Tontoni program-program kegemaran secara PERCUMA eksklusif di 8TV. Anda juga boleh menonton siara 8TV menerusi saluran Astro 708. Kini anda juga boleh menonton program-program menarik menerusi laman sesawang www.8tv.com.my / www.tonton.com.my atau m.tonton.com.my menerusi telefon bimbit anda.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

MCMC-ISP Blockade Of Pirate Websites Crucial

Lagu Terbaru Tom REDHA