in ,

Terima Kasih Kepada Sponsor Bulan Oktober 2007

Bulan Oktober sudah sampai ke penghujung. Lembaran diari 2007 masih bersisa lagi 2 purnama untuk menutup tirainya. November 2007 akan tiba juga walau apa jua keadaan dan situasi. Dalam pada itu, semakin lama budiey.com bersiaran di alam maya, semakin banyak kenalan yang datang menghulurkan salam perkenalan dan kerenah pembaca yang Budiey terpaksa layani. Apa-apa pun, terima kasih atas salam perkenalan yang dihulurkan oleh pembaca budiman semua. Saya amat menghargainya.

Oh ya, pada bulan Oktober ini juga, laman blog ini juga terpaksa dinaik taraf bandwidh sebanyak dua kali menjadikan 120GB. Terima kasih kepada Mercumaya kerana sudi menjadi penaja untuk hosting di Budiey.com.

Secara peribadi, bulan Oktober yang telah saya tempuhi ini penuh dengan kenangan indah yang tidak pernah saya rasai sebelum ini. Ianya boleh saya anggap satu keajaiban yang datang sekali seumur hidup. Oktober juga bagaikan sebuah sekolah yang seolah-olah mahu mengajar saya tentang istilah sayang, kasih, cinta, rindu dan ketulusan hati.

Benar kata Forrest Gump:”Hidup itu ibarat sekotak coklat, suatu ketika kita akan merasai yang manis, di ketika yang lain kita akan termakan jua yang pahit.”

Kata Barbara de Angelis pula, “Kita tak pernah salah sekiranya jatuh cinta pada seseorang, namun kita akan selalu salah sekiranya kita tidak berterus terang.“

Dalam segala hal, berterus teranglah kepada pasangan anda walaupun ianya agak pahit untuk ditelan. Mungkin suatu hari, yang pahit itu akan bertukar manis sehingga anda akan mengerti betapa cinta itu amat berharga walaupun terpaksa berkongsi kasih. Apa yang berlaku di bulan Oktober menjadikan saya menyukai lagu-lagu seperti Kekasih Gelapku (Ungu), Separuh Masa (The Lima), I’m Lucky One (Anuar Zain), Ketulusan Hati (Anuar Zain), Teman Terulung (Anuar Zain), Sempat Melayani Hatimu (Titi DJ) dan Kurnia (Krisdayanti). Huhu! Romantis banget!

Oklah, kita tinggalkan soal cinta, karena entri ini adalah untuk saya memberikan penghargaan kepada semua penaja dan sponsor blog Sensasi Selebriti untuk bulan Oktober. Satu ucapan terima kasih yang tulus ikhlas dari saya kepada semua penaja berikut:

  1. DiGi FuYoh Street Blast! – Background Ads
  2. Nuffnang Malaysia
  3. http://web-hosting.net.my – (expired: 30 Januari 2008)
  4. Computer Fair 2007 – (expired: 28 November 2008)
  5. Lelaki Kuat (expired: 26 November 2007)
  6. Pinjaman Peribadi Kakitangan Kerajaan – (expired: 30 November 2007)
  7. Arroyan Management Services (expired: 29 November 2007)
  8. Mercumaya.net (Terima kasih kerana sudi menaja hosting bandwidth)
  9. Advertlets.com (Terima kasih walaupun cek Budiey.com terpaksa dipending)

Klik di sini dan Jadilah sponsor dan penaja Budiey.com. Iklankan laman web atau produk anda dengan lebih efektif dengan bayaran semurah RM20 sebulan dengan sasaran pembaca lebih 5 – 8 ribu orang setiap hari.

[tags]penaja budiey.com, sponsor site, program tv mari berdansa astro ria, problogger sponsor, sincere how to be, lagu tragedi oktober download, awie wings bercerai, tips sayang, cinta kasih, rindu pendam[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Dafi AF5 dan Flava di Rumah Terbuka KRU

Synopsis & Review 30 Days Of Night Lakonan Josh Harnett