in ,

Gambar Dafi AF5 dan Flava di Rumah Terbuka KRU

Pada 28 Oktober 2007, jam 2 hingga 6 petang telah berlangsung rumah terbuka Aidilfitri KRU di hadapan bangunan pejabat KRU, Jelatek Business Centre, Jalan Jelatek, Kuala Lumpur. Budiey singgah seketika untuk menjamu selera dan mengambil beberapa keping foto di acara tahunan KRU sempena musim Syawal dan hari raya ini. Lagi pun setiap tahun nampaknya semakin berkembang besar bisnes trio adik beradik yang bergelar artis dan usahawan berjaya ini. Tahun ini sahaja, KRU Entertainment yang dipelopori oleh Norman, Edry dan Yusry Abdul Halim telah mengambil artis kelahiran program realiti seperti The Lima, Mendua, Pianka, Flava dan Dafi AF5 sebagai artis di bawah naungan mereka. Tahniah KRU. Selain mereka ini, AC Mizal, Anita Sarawak, Rabbani, Ezlynn, Aznil Hj Nawawi dan Adam AF2 juga merupakan artis rakaman KRU.

Pada petang yang agak panas terik itu, peminat dihidangkan dengan jamuan mee hun dan sekeping karipap sahaja bersama dengan air oren. Jangan kata KRU kedekut sebab jamu peminat dengan meehun je, sebab KRU tahun ini sediakan bajet sedikit je untuk open house tahun ini. Mungkin selepas untuk filem Duyung pecah rekod boxoffice tahun hadapan, open house KRU buat kat di hotel pula. Kiranya, pada saya makanan memang tidak berapa okey sebab yang hadir tidaklah seramai Karnival Jomheboh. Sepatutnya, peminat dihidangkan dengan makanan yang enak-enak dan mahal-mahal sebagai hadiah di atas sokongan mereka selama ini. Alah, setahun sekali apa nak kisah, kan?

Walaupun panas terik, artis KRU bagaikan didera untuk menghiburkan hadirin dengan rangkaian lagu-lagu raya dan lagu kontemporari dendangan masing-masing. Saya hanya sempat mendengar nyanyian Flava dan Dafi AF5. Disebabkan tidak tahan dengan keadaan panas, saya terus blah gi makan Nandos di KLCC. Huhu!

Klik untuk lihat gambar Artis KRU yang suara harmoni power giler dan gambar artis KRU yang orang kampung saya pun minat giler nih.

[tags]gambar rumah terbuka KRU, open house aidilfitri selebriti, open house siti nurhaliza, rumah terbuka foto dafi, rumah terbuka aizat, Aidilfitri KRU, pejabat penyembuhan gay, KRU Entertainment, Norman, Edry, Yusry Abdul Halim, gossip yusri adam, sheikh muzaphar gay chaser chef ismail, tunang angkasawan, The Lima, Mendua, Pianka, Flava, peta jelatek, adam gay, yusri bf adam, lesbian treatments, maps kuala lumpur, Dafi AF5, bajet album anuar zain, ressa herlambang, sinopsis akasia spa Q, sinopsis kami, 3r, video 3gp[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Stacy Fergie Ferguson Is MAC’s Viva Glam Spokeswoman!

Terima Kasih Kepada Sponsor Bulan Oktober 2007