in ,

Temui Asfan & Suria Wheels Di Dataran Merdeka

ASFAN DAN SURIA WHEELS DI DATARAN MERDEKA

Temui Asfan dan krew Suria Wheels pada 5.30 petang di Dataran Merdeka pada 14 Mei esok. Dianjurkan oleh Alibi Music dan dengan kerjasama Suria FM, kemunculan Asfan ini adalah sempena persinggahan dan lintas langsung Suria Wheels di lokasi berkenaan.

Asfan akan menghiburkan para peminatnya dengan mempersembahkan tiga buah lagu secara akustik sambil bermain gitar. Antara lagu yang akan didendangkan adalah Terhenti Disini, single pertama Asfan dan dua lagi lagu yang dirahsiakan. Terhenti Disini juga turut dimuatkan dalam drama Asmara 2 yang menghiasi slot LestaryTV3.

“Buat pertama kalinya, penggemar lagu Terhenti Disini boleh mendengar lagu kegemaran mereka dalam versi akustik.
Untuk mengetahui dua lagi lagu yang bakal didendangkan, kenalah datang ke Dataran Merdeka pada jam 5.30 petang Sabtu ini”, ujar Asfan yang teruja untuk bertemu dengan para peminatnya.

Bakal ditemani oleh krew-krew Suria Wheels dari Suria FM, peminat-peminat Asfan dan Suria FM juga berpeluang untuk menerima pelbagai hadiah ekslusif sumbangan Alibi Music.

Tentang Asfan
Asfan atau nama sebenarnya Nor Rasfan Shah Shah Rudin (27) boleh bermain alat muzik seperti gitar. Pereka grafik sambilan ini pernah menyertai pertandingan One In A Million dan MyStarz LG. Dia layak menjadi 20 peserta terbaik dalam kedua-dua pertandingan realiti itu. Meskipun kandas, Asfan bersyukur kerana impian menjadi penyanyi tercapai melalui peluang diberikan Alibi Music.

Asfan

Asfan

Asfan

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Penyanyi Orchid Abdullah Meninggal Dunia

Filem Wayang Khas Hari Seniman 2011