in

TAMBAH BILANGAN PEMBACA BLOG ANDA DENGAN NOKIA OVI APPS

Aplikasi telefon bimbit menjadi salah satu perkara penting & sangat utama dalam dunia teknologi sekarang. Mana-mana kita pergi, pasti ada yang berbual tentang aplikasi terbaru yang dimuat turun di telefon bimbit.

Seiring dengan perkembangan & kecanggihan telefon bimbit, Budiey lihat sekarang ni macam-macam aplikasi telah diciptakan untuk kemudahan kita.

Bukan setakat aplikasi untuk games, malah ia melangkaui segenap liku kehidupan termasuklah untuk penulis blog seperti Budiey ni. Kalau kita perhatikan, memang dah banyak aplikasi yang dicipta khusus untuk penulis blog.

Sekarang ni, penulis blog tak perlu lagi nak guna laptop atau notebook untuk menulis blog kerana dengan aplikasi di telefon bimbit juga, kita boleh mengemaskini blog dengan lebih mudah.

Begitu juga untuk membaca blog. Baru-baru ini, Budiey diperkenalkan oleh Nokia tentang satu aplikasi di mana kita boleh membaca blog di telefon bimbit jenama Nokia.

nokia ovi app

Dengan aplikasi percuma yang disediakan oleh Nokia ini kita boleh mencipta aplikasi Nokia untuk blog kita. Ia dikenali dengan nama Nokia OVI App.

Aplikasi ini lah yang membolehkan pembaca atau pengikut blog anda membaca di telefon bimbit Nokia mereka.

Budiey rasa dengan aplikasi ini sedikit sebanyak dapat meramaikan lagi jumlah pembaca blog anda. Betul tak?

Pada minggu lalu, Budiey telah menghadiri satu bengkel yang dianjurkan oleh Nokia dengan kerjasama Nuffnang di Universiti Kolej KDU di Damansara. Bengkel ini dinamakan Bengkel Nokia Ovi Apps

Adv Ovi App Nokia

Lebih kurang seramai 40 orang penulis blog telah diajar & ditunjukkan cara bagaimana untuk mencipta aplikasi blog mereka sendiri. Ianya disampaikan dengan begitu efektif oleh wakil dari Nokia.

Adv Ovi App Nokia

Nak kata mudah tak jugak, tapi Budiey yakin semua penulis blog seperti anda semua boleh buat sendiri dan mencubanya.

Adv Ovi App Nokia

Untuk info pembaca, jika blog kita tu ada value atau pun ramai pembaca, kemungkinan besar kita juga akan mendapat sejumlah wang dengan pengiklanan di Ovi Store Nokia ni.

Mengikut fakta, lebih $16billion keuntungan telah dikaut dari pengiklanan mobile seluruh dunia untuk tahun 2011.

Adv Ovi App Nokia

Mula-mula diperkenalkan, Budiey rasa susah juga tapi bila dah tahu caranya, memang senang. Tak percaya korang boleh cuba!

Tak sampai 10 minit, aplikasi Nokia Ovi App boleh siap. Tanpa menggunakan kemahiran seperti seorang programmer. Apa yang korang perlukan ialah satu RSS Feed, satu image logo untuk dijadikan header, customize color untuk background dan SIAP!

Adv Ovi App Nokia

Aplikasi ini boleh diinstall di semua telefon bimbit Nokia. Secara automatik, aplikasi ini akan meng-optimize-kan imej, foto dan gambar di blog anda supaya ia senang dipaparkan di telefon bimbit.

Anda boleh menukar mengikut kesesuaian anda dengan pertolongan satu emulator. Selepas mencipta aplikasi anda sendiri, ia akan dihantar kepada Nokia untuk approval.

Budiey telah pun cuba untuk mencipta satu aplikasi untuk blog budiey.com. Jadi, pembaca yang menggunakan telefon bimbit Nokia, bolehlah memuaturun aplikasi blog ini di laman ini. Sekarang, pembaca boleh membelek budiey.com tak kira masa dan di mana jua anda berada.

Sila layari: http://oviappwizard.com

Step 1: Register yourself at Ovi App Wizard. (Sangat cepat)

nokia ovi app

Step 2: Fill in all the details in the wizard form. (Mudah giler)

Step 3: Review the details and submit to Ovi Store for approval. (Percuma!)

nokia ovi app

nokia ovi app

Setelah dihantar, aplikasi anda memakan masa beberapa hari juga untuk direview dan diapprove oleh Nokia.

Setelah aplikasi yang kita buat itu direview, Ovi Store akan create 2 version iaitu untuk model telefon bimbit Nokia Touchscreen dan model untuk telefon bimbit Nokia Non Touchscreen.

Mudah, senang dan cepat. Lagi pun ianya percuma. Apa kata anda cubanya sekarang!

Layari: http://oviappwizard.com

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Klip 3G, Sesuatu Yang Tertinggal dan Penunggu Istana

Samsung 3D TVs Preferred by Consumers