Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Featured Video di BUDIEY.COM
Shila Amzah - Rolling In The Deep by Adele di #PartyBudiey



Subscribe My Video. Klik HERE


Ads Text Pakej 5 Here!

+ Gadget & New Website
Great Movies For 2011

+ Jom Surf My New Blog
Jurnal & Secret. Jangan Klik!




Drama Komedi Antara Maghrib Dan Isyak

September 5th, 2011 | Category: Drama, TV3 |
No Comments »


ASAM GARAM KELUARGA BERPOLIGAMI DALAM DRAMA BERSIRI ‘ANTARA MAGHRIB DAN ISYAK’

Menyusuli “Gulai Tempoyak Chicken Chop’ di slot Senda Pagi, nantikan kemunculan drama bersiri komedi ‘Antara Maghrib Dan Isyak’ terbitan Suhan Movies Trading yang mengisahkan asam garam kehidupan keluarga berpoligami 4 lelaki dari pelbagai usia mulai 13 September 2011, setiap hari Selasa dan Rabu jam 11.00pagi.

Logo Antara Maghrib dan Isyak

Diarahkan oleh Emi Suffian, drama bersiri 13 episod ini membariskan pelakon-pelakon tanahair seperti Zalfie Raoul, Fathil Dhani, Kazar, Muslee Ramly, Liza Abdullah, Suriati Abu Bakar, Catriona Ross, Arfah Damanhuri, Mummy Kathy, Norseha, Bell Ngasri, Tam Suhaimi, Watie Sadalie, Ilya Senario dan ramai lagi.

Antara Maghrib dan Isyak 4

Antara Maghrib dan Isyak mengisahkan dilema Yusri berusia 32 tahun (Zalfie Raoul) yang masih belum dikurniakan cahaya mata walaupun sudah 7 tahun berkahwin dengan Anita (Suriati Abu Bakar @ Atie). Yusri berasa kagum dengan Haji Seman (Fathil Dhani), Ramlie (Kazar) dan Adman (Muslee Ramly) yang berpoligami.

Haji Seman (60 tahun) merupakan seorang suami yang sentiasa berusaha untuk berlaku adil kepada kedua-dua isterinya, Hasnah (Arfah Damanhuri) dan Rokiah (Mummy Kathy). Rumah tangga beliau berada dalam keadaan harmoni dan jarang terjadi salah faham serta cemburu di antara kedua-dua isterinya, cuma mereka masih tidak dikurniakan anak setelah lama berkahwin.

Ramlie (50 tahun) pula menguruskan kedua-dua rumah tangganya dengan garang kerana dia tidak mahu memberi muka kepada isteri-isterinya, Salmah (Liza Abdullah) dan Suraya (Catriona Ross). Maka, rumah tangga Ramlie sentiasa tegang ditambah pula dengan sikap cemburu Salmah yang selalu mencari pasal dengan Suraya.

Antara Maghrib dan Isyak

Berlainan pula dengan Adman (45 tahun), dia menangani konflik yang melanda kedua-dua rumah tangganya dengan pelbagai tipu muslihat. Adman sentiasa diburu perasaan bersalah kerana kebaikan isteri tuanya, Mazni (Norseha). Mazni yang masak dengan perangai Adman yang suka berpeleseran membenarkan Adman berkahwin dengan Amelia apabila Adman memberitahunya secara jujur telah jatuh cinta pada Amelia. Ini menimbulkan rasa kurang senang hati isteri mudanya, Amelia (Watie Sadalie) apabila Adman sering berada di rumah Mazni.

Haji Seman sering menjadi tempat Ramlie dan Adman meminta nasihat. Kehebatan Ramlie dan Adman bercerita tentang kehidupan berpoligami telah menarik perhatian Yusri. Dalam diam-diam, Yusri memasang niat untuk berkahwin lagi satu tanpa pengetahuan isterinya. Bagaimanapun, tindakan Yusri telah menimbulkan pelbagai masalah terutama dalam membahagikan masa untuk isteri mudanya, Nurain (Lovinia). Yusri hanya berkesempatan menemui isteri mudanya di antara waktu Maghrib dengan Isyak dengan memberi alasan untuk berjemaah di masjid.

Manakala Adman dan Ramlie yang bosan dengan kehidupan mereka yang tidak pernah aman, berhasrat untuk menambah lagi bilangan isteri masing-masing. Bagaimanapun hasrat Adman dan Ramlie serta perkahwinan rahsia Yusri terbongkar juga dan menimbulkan keributan dalam keluarga masing-masing. Dalam kekecohan tersebut, mereka terkesima apabila heboh memperkatakan kedua-dua isteri Haji Seman telah meminang seorang balu untuk dijadikan isteri ketiga Haji Seman. Apakah yang akan terjadi seterusnya?

Jangan lupa saksikan drama bersiri komedi Antara Maghrib Dan Isyak menerusi slot Senda Pagi, setiap hari Selasa dan Rabu jam 11.00pagi mulai 13 September 2011.

Antara Maghrib dan Isyak 5

antara Maghrib dan Isyak 1

Antara Maghrib dan Isyak 3

Antara Maghrib dan Isyak 2

Tags: , , , , , ,



Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Majlis Tahlil Ulangtahun Pemergian Allahyarham Sudirman ke-17
  • Zizan Nin Pegang Watak Hitam Dalam Drama Bersiri Subuh & Maghrib
  • Jemputan Astro Oasis ke Program Qiamullail Perdana Imam Muda
  • Gambar Wahid Senario Kahwin Lagi?
  • Siri Komedi HUA… HUA… HUA Lakonan Nabil Raja Lawak dan Saiful Apek
  • Sekitar Majlis Sambutan Awal Muharram Suria FM
  • Trivia: Beg Tangan Siapa Ni?
  • Jimmy Shanley & Suhaila Bertunang 11 Jun Ini
  • Gambar Betty Benafe di Anugerah Skrin 2009
  • Astro Warna





  • IZ OIAM, Liyana Jasmay & Pierre Andre dalam CINTA AKHIR

    April 25th, 2011 | Category: Behind The Scenes, IZ OIAM, Liyana Jasmay, Pierre Andre |
    Comments Off


    Bersempena dengan Hari Tanpa Tembakau Sedunia, sebuah filem pendek telah siap dilakonkan oleh pelakon Piere Andre, Liyana Jasmay dengan penampilan istimewa dari IZ OIAM. Semasa pengambaran filem ni hari tu, Budiey tak sempat nak singgah. Sebelum tu, pihak produksi dah jemput Budiey siang-siang untuk melihat sendiri di sebalik tabir pengambaran. Tapi nak buat macamana, memang takde kesempatan nak singgah. Busy memanjang.

    Tapi tak mengapa, Budiey tulis sedikit pasal filem ni pun dah cukup okay la kan. Tanda kita sokong dengan kempen hari bebas merokok.

    Asap.my

    Budiey difahamkan, filem pendek yang berdurasi 10 minit ini diberi judul CINTA AKHIR, dibuat khas untuk mendidik golongan muda mudi dan belia kita supaya menjauhi tabat merokok yang kita semua sedia maklum memberi mudarat kepada kesihatan. Filem sempena Kempen Anti-Merokok (ASAP) ini diarahkan oleh Aron Koh dengan mendapat sokongan Dana Belia 1Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan.

    Pengambaran filem pendek ini hanya dihasilkan dalam masa dua hari. Antara lokasinya ialah di Cafe Friendscino (dulunya Friendster Cafe), Damansara Perdana dan Ampang.

    Apa yang menariknya, dalam filem yang ditulis skrip oleh Woo Ming Jin ini, kita dapat tengok dalam poster kat atas ni, Liyana Jasmay memegang potong rokok dan sudah tentulah Liyana Jasmay turut hisap rokok dalam short film ni kan. Tapi jangan ingat itu betul-betul pulak. Sebenarnya, ia hanya lakonan Liyana Jasmay semata-mata. In fact, Liyana tak pernah pun smoking rasanya.

    Cinta Akhir mengisahkan Bob (lakonan Pierre Andre) yang menjual telefon bimbit yang dicuri untuk menyara hidup. Secara kebetulan, Bob bertemu dengan Lisa (lakonan Liyana Jasmay) yang suka merokok. Maka kat situ wujudlah rasa cinta antara mereka. Dalam masa yang sama, wujud satu watak AJ lakonan IZ OIAM yang suka kat Liyana Jasmay ni. Liyana pula tak sedar yang AJ ni suka kat dia. Ni kira macam dah cinta tiga segi la ni. Kemudian, satu masa, Lisa menghilang diri. Hilang ke mana? Itu korang kena nantikan ya.

    Trailer FIlem Pendek Cinta Akhir

    Bagi IZ OIAM, beliau sangat teruja dengan pembikinan filem pendek ini sebabnya selain dapat menimba pengalaman dalam bidang lakonan, IZ juga dapat mencapai impiannya untuk melancarkan single terbaru berjudul Cinta Akhir serentak dengan pelancaran filem pendek ini. Lagu Cinta Akhir berentak balada yang pertama dihasilkan untuk album terbaru IZ. Untuk info lanjut, sila layari: www.facebook.com/IZsulaini

    Untuk info, IZ dilantik jadi Goodwill Ambassador untuk Asap untuk tahun 2010 dan ramai yang sedia maklum IZ mengamalkan budaya sihat tanpa merokok.

    Pierre Andre pula mengakui bahawa dia menerima tawaran untuk berlakon adalah sebab Pierre senang bekerja dengan Ming Jin. Ya bukan sekadar nak berlakon sambil berkempen tapi kerana aura yang ada pada pengarah ini yang pernah berkaloborasi untuk menghasilkan filem Seru sebelum ini. Kalau nak tahu, Pierre mahu menghasilkan 5 buah filem untuk tahun dan 3 darinya, dilakonkan dan diarah sendiri oleh beliau. Dahsyatkan? Sangat produktif!

    Untuk menjadikan filem ini lebih jadi ‘syiok’ ditonton, maka produksi menambah perisa dengan mengambil IZ OIAM yang turut menyanyi sebuah lagu tema yang berjudul Cinta Akhir. Lagu ini ditulis sendiri oleh IZ yang melakonkan watak sebagai AJ, seorang remaja yang anti merokok tapi terjatuh cinta dengan Liyana yang menjadi perokok tegar.

    Pada 31 Mei ini, Budiey turut dijemput hadir di Pelancaran Rasmi Kempen ASAP.my (ASAP’s Smoke-Free Lifestyle Campaign) dan Premiere Cinta Akhir oleh Y.B Dato’ Sri Liow Tiong Lai, Menteri Kesihatan Malaysia di GSC Mid Valley.

    Kepada pembaca yang mahu jemputan, sila sertai peraduan di SINI.

    Untuk info lanjut, sila lawat www.asap.my

    atau

    follow mereka di www.twitter.com/AsapMy.

    Berikut kat bawah ni, antara gambar-gambar behind the scene sepanjang 2 hari pengambaran.

    IZ Liyana Jasmay Piere Andre

    IZ Liyana Jasmay Piere Andre

    IZ Liyana Jasmay Piere Andre

    IZ Liyana Jasmay Piere Andre

    IZ Liyana Jasmay Piere Andre

    IZ Liyana Jasmay Piere Andre

    IZ Liyana Jasmay Piere Andre

    Tags: , , , , , , , , ,



    Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Create a Tagline for ASAP
  • Apa Lagi Bakat Liyana Jasmay Ada?
  • Profile & Biodata Liyana Jasmay Pelakon Malaikat Maut
  • Gambar Liyana Jasmay di Red Carpet FFM24
  • Gambar Liyana Jasmay di Anugerah Juara Lagu 26
  • Sharifah Amani & Liyana Jasmay di Festival Filem Malaysia 23
  • Gambar Liyana Jasmay di Anugerah Bintang Popular 2010
  • Liyana Jasmay di Giant Tambun, Perak
  • Liyana Jasmay Aku Tak Percaya Cinta di Hits 1
  • Liyana Jasmay di Konsert Jelajah 11 Era





  • Film Planet 51 KRU Studios

    October 26th, 2009 | Category: Filem |
    3 Comments »


    KRU Studios mengedarkan satu lagi filem berjudul Planet 51. Sebuah filem animasi yang memakan belanja yang tinggi iaitu RM3.62 juta untuk 2 buah anime termasuk Planet 51 dan Sunshine Barry & The Disco Worms yang dijangka akan ditayangkan di 50 buah negara. Dengar, untuk salah seorang watak dalam filem ini akan menggunakan suara THE ROCK? Mmm… international katakan?

    Nak tengok trailer film Planet 51? Klik sini:

    http://www.youtube.com/watch?v=1osRZZO5ALY

    Tags: , , , , , , ,



    Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Photo Red Carpet Busan International Film Festival 2011
  • Final Poster Cicakman 2: Planet Hitam 2
  • KRU Documentary Wins at the Bali International Film Festival 2008
  • U.S. EMBASSY LAUNCHES DEMOCRACY VIDEO CHALLENGE
  • Technicolor Asia & KRU Studios Announce Partnership
  • Poster 1st International KRU Studios Movie – Sunshine Barry & The Disco Worms
  • THE DAY THE EARTH STOOD STILL
  • Show Band Asia Reforms di Planet Hollywood
  • Norman Halim Receives MPA Award For Promoting Content Protection In Asia Pacific
  • Win John Carter Los Angeles Premiere












  • Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK