in , ,

Layan Sukan Olimpik Tokyo 2020 dengan Carian Google & Menonton di YouTube

Atlet-atlet terbaik dari seluruh dunia akan berkumpul di Tokyo untuk bertanding di pentas terbesar di dunia. Sementara semua di lapangan bersiap untuk pertandingan dan perjumpaan, kami juga turut bersiap sedia.

Kami berharap teknologi dapat membantu semua menikmati Sukan Olimpik ini dari jarak yang selamat pada tahun ini. Berikut adalah enam cara Google membawakan anda segala aksi dari Sukan Olimpik Tokyo 2020:

1. Ikuti perkembangan semasa (tanpa memeras keringat) dengan Google Search

Semasa anda mencari Sukan Olimpik, anda akan dapat mencari maklumat terkini mengenai acara, sukan dan pemain kegemaran anda, malah boleh juga melihat kedudukan negara dalam persaingan untuk mencapai pingat emas. Sekiranya anda tidak dapat mengikuti pertandingan secara langsung, jangan risau – anda boleh menonton video rangkuman harian atau melihat berita utama yang berkaitan dengan Sukan Olimpik. Untuk penggemar data, lihat halaman Trend kami untuk melihat statistik Search yang menyeronokkan bagi acara sukan kegemaran anda.

Bersedia untuk Sukan Olimpik Tokyo 2020 dengan Google & YouTube

2. Luangkan masa dengan Doodle Champion Island Games

Ikuti aksi permainan Doodle interaktif terbesar kami, yang dibuat dengan kerjasama studio animasi Jepun, STUDIO 4 ° C. Klik pada Doodle untuk memasuki dunia permainan, sertai satu pasukan dan bersaing dengan juara bertahan papan luncur (skateboarding), ragbi, pendakian dan banyak lagi – semuanya dalam kegemilangan retro 16-bit. Nantikan kejutan istimewa dan pencarian sampingan semasa anda mengharungi Doodle Champion Island.

3. Cari sorotan penyiar rasmi (dan banyak lagi) di YouTube

Mulai 23 Julai, tontoni siaran langsung serta klip dan sorotan dari penyiar Olimpik rasmi di saluran YouTube mereka, termasuk Astro Arena, Stadium Astro, beIN SPORTS Asia, Marca Claro dan Eurosport. Terdapat banyak lagi yang boleh ditonton di saluran rasmi Olimpik di YouTube. Pada awal bulan ini, kami menambahkan kandungan berkaitan Olimpik di YouTube dengan siri YouTube Originals baharu “Strive,” “How To Olympics,” “Break the Record” dan dokumentari berdurasi panjang “World Debut” menjelang upacara pembukaan.

4. Biarkan Google Assistant membereskan kerja 

Tertanya-tanya siapa yang menang? Tanya saja “Hey Google, siapa yang memenangi bola keranjang wanita di dalam sukan Olimpik?” Anda sokong negara tertentu? “Hey Google, berapa banyak pingat yang dimiliki Perancis dalam sukan Olimpik?” Anda juga boleh berkata, “Hey Google, beritahu saya satu fakta yang menyeronokkan mengenai permainan di Tokyo.” Sama ada anda menggunakan telefon, pembesar suara, TV atau peranti lain yang diaktifkan, Google Assistant akan mempunyai semua butiran penting.

5. Ikuti perkembangan terkini dengan aplikasi Google Play

Jangan sesekali terlepas sebarang detik: Muat turun koleksi aplikasi kami termasuk aplikasi rasmi Olimpik, penyiar rasmi, organisasi berita, sosial, sukan dan permainan, serta kecergasan.

6. Terokai Jepun dengan Street View, Google Arts & Culture dan Translate

Walaupun anda tidak dapat menikmati acara ini secara semuka, anda boleh melakukan lawatan maya ke negara ini dengan Google Street View. Dari pergunungan yang diliputi salji dan pembentukan gua yang berkilauan hingga ke kota-kota yang penuh dengan sejarah dan budaya – anda dapat melihat kesemuanya tanpa meninggalkan kerusi anda. Anda boleh juga menerokai kraf tradisional Jepun dan makanan yang lazat; Umami Land akan sangat menyeronokkan terutamanya untuk para penggemar makanan. Selepas semua itu, anda mungkin akan mendapat ilham untuk belajar sedikit bahasa Jepun, dan di sini, Google Translate menyokong anda. 

Selamat berjaya kepada semua atlet yang mengambil bahagian dan ayuh, kita mulakan acara sukan ini! 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

LG’s 2021 Life’s Good Campaign Kicks Off in Malaysia with Syada Amzah

Video Mirip Ustaz Ebit Lew Tersebar, Siapakah Yang Mahu Menjatuhkan Reputasi Beliau?