in , ,

TEMBERANG Ayda Jebat Masuk Carta Malaysia 50 Spotify

Lagu TEMBERANG terus mendapat sambutan hangat. Malam ini, khabarnya lagu TEMBERANG sudah masuk Carta Malaysia 50 Spotify! Tahniah buat Ayda Jebat.

Selain dapat ditonton di Youtube, lagu TEMBERANG juga mendapat sambutan dan didengari oleh peminat di platform penstriman yang lain termasuklah Spotify. Kalau di Youtube, klip video TEMBERANG didapati telah turun menjunam di tangga ke-empat carta trending di YouTube Malaysia.

Biasalah tu, sekarang ni jarang nak tengok sesebuah video tu akan melekat trending sampai empat minggu kat ruangan trending di Youtube. Dapat trending dalam satu minggu tu pun dah cukup bagus dah tu.

Menurut Ayda Jebat, beliau sendiri tidak sangka sambutan yang diterima sangat positif dan orang ramai memberi maklum balas yang sangat baik.

Lagu Temberang menampilkan irama pop yang mengandungi sedikit elemen dangdut dan muzik timur tengah. Muzik video ini turut menampilkan dua orang pelakon kacak, JC Chee dan Sean Lje.

Versi digital lagu Temberang juga sudah dilancarkan secara rasmi menerusi semua pelantar digital bermula 28 Disember lalu.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Livestreaming WINNER, iKON & SEOUL Music Award 2019

Tentang Filem FALL IN LOVE AT FIRST KISS