in ,

Youtube Music Hadir Dengan Ciri Main Semula Pada Latar Belakang Secara Percuma!

YouTube telah mengumumkan bahawa aplikasi YouTube Music boleh dimainkan walaupun aplikasi tersebut ditutup.

Aplikasi YouTube Music berada pada bahagian latar belakang ketika lagu dimainkan. Ianya percuma dan dilancarkan di Kanada dahulu bermula 3 November ini.

Aplikasi YouTube Music sekarang ini membenarkan permainan lagu pada latar hanya untuk ahli YouTube Premium sahaja. Sekiranya tidak melanggan pakej premium, maka anda tidak boleh menutup aplikasinya ketika mendengar lagu. Sekiranya anda beralih ke aplikasi lain atau mematikan skrin anda maka main balik akan berhenti.

Mereka juga akan mempunyai akses ke ciri stesen radio dan membuat senarai main. Sekiranya anda memuat naik lagu, anda juga boleh memainkannya pada bila-bila masa. Untuk sekarang, pelanggan Premium sahaja yang bakal menikmati muzik tanpa iklan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Permaisuri Selangor Hadiahkan Rantai Berlian Buat Anak Fazura & Fattah Amin

Kenal Dahulu, Baru Cinta, Tentang MEMANDANGMU Nyanyian Teguh Budiman & Aidit Alfian