in , ,

Siti Nurhaliza Hadiah CINTA LUAR BIASA Buat 100,000 Subscriber Youtube Miliknya

Sebagai tanda terima kasih buat semua pengikutnya yang telah menekan butang SUBSCRIBE, penyanyi bersuara emas ini telah memberikan hadiah yang cukup istimewa.

Sempena dengan jumlah subscriber Youtube beliau yang kini mencecah 100,000 orang, ibu kepada Siti Aafiyah ini telah menghadiahkan persembahan istimewa nyanyian asal penyanyi Andmesh Kamaleng diiringi dengan petikan gitar dari seorang gitaris yang khabarnya adalah bekas pelajar di ASWARA.

Siti Nurhaliza Hadiah CINTA LUAR BIASA Buat Subscriber Youtube

Dengan gaya dan lenggok tersendiri, Siti Nurhaliza mendendangkan lagu popular ini dengan penuh perasaan dan penghayatan yang memuaskan hati pendengar.

Budiey suka memetik kata-kata beliau yang terlakar di dinding Facebook miliknya.

“Saya cover khas lagu Cinta Luar Biasa nyanyian asal penyanyi @andmeshkamaleng_ sempena 100k subscribers youtube Siti Official Video.
.
Untuk menonton video penuh, jangan lupa ke Siti Official Video dan subscribe ya!
.
Terima kasih semua,”

– Siti Nurhaliza

Ini komen sebilangan besar peminat penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang teruja mendengar nyanyian lagu Cinta Luar Biasa di laman Youtube Siti Nurhaliza Official.

“Ni bukan lagi suara telan CD. Ni suara siap ada software Dolby Atmos, sound by JBL & AKG lagi ni,”

Siti Nurhaliza Hadiah CINTA LUAR BIASA Buat Subscriber Youtube

Mutu dan kualiti video berdefinisi tinggi dengan dilengkapi bunyi Surround menambah lagi daya tarikan peminat untuk menonton sampai ke penghujung video.

“Nampak tak, nyanyi santai gini pun dah sedap. Macam dalam studio rakaman kan?” 

Sementara itu, ruangan komen di laman Youtube penyanyi nombor satu negara ini turut dihujani pujian dan berharap agar Siti akan menyanyikan lagu popular lain pula.

Jika korang mahu Siti Nurhaliza nyanyi lagu best-best kenalah subscribe Youtubenya. Jangan lupa juga untuk LIKE, SHARE dan komen. Kasi la trending!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ezlynn Ariffin Nak Cepat Kahwin, Segera Timang Cahaya Mata

A Aida Kemalangan, Tak Sempat Lihat Jenazah Kakak