in , , , ,

EKSKLUSIF: Video Mat Yip Merajuk Bakal Dapat Adik Perempuan

Anak kepada Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin tiba-tiba kembali trending dan tular gara-gara telatahnya yang penuh dengan drama. Semasa menemubual Syatilla di Resepsi Syida baru-baru ini, Budiey dapat rasakan satu hari nanti budak kenit comel ini ada bakat jadi pelakon.

Semasa menghadiri Majlis Resepsi Syida Melvin dan Syafiq Shaheen, Budiey sempat menemubual pelakon dan juga kakak Syida iaitu Syatilla Melvin. Menurut Syatilla, Sheriv atau lebih dikenali dengan nama Mat Yip sekarang dah tahu yang dia akan dapat adik walaupun dia agak kurang mengerti tentang kehidupan. Yelah, dia budak, mana nak tahu tentang tu. Tahu nak bermain je. Kalau sesape layan video Mat Yip kat Instastory, dia ni memang nakal jugak budaknya.

Syatilla ada berkongsi berita gembira bakal menimang bayi perempuan dan sekarang di fasa terakhir kandungan. Syatilla dijangka melahirkan anak keduanya pada bulan April 2019 nanti. Sama-sama kita doakan semoga kandungan Syatilla sihat dan selamat melahirkan baby perempuan. yang dinantikan.

Sebelum ini, Syatilla sudah mengumumkan berita gembira ini menerusi muat naik sekeping gambar imbasan ultra untuk anak keduanya itu.

Menerusi video yang ditemu ramah oleh wartawan, beliau tidak sabar untuk menerima cahaya mata perempuan.

Syatilla

Gelagat Sheriv yang mesra dipanggil Mat Yip mencuit hati netizen kerana ingin ditemuramah.


Baru-baru ini, Syatilla menerusi perkongsian yang dilakukan di laman Instagram miliknya, beliau turut meluahkan rasa syukurnya apabila hasrat untuk mendapatkan anak perempuan bakal menjadi kenyataan.

Semoga anak kedua dalam kandungan ini membesar dengan sihat. Sama-sama kita doakan baby baru Samtilla dilahirkan dengan selamat. Amin.



Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

“Berakhir Sudah Pencarian Jalan Cinta” – Mira Filzah

Gambar Panas Dipercayai Emma Maembong, Abang Menteri Tersebar