in , ,

LoveLove

Siti Nurhaliza Lancar DANA PKP SITI NURHALIZA, Berhibur Sambil Menderma di Youtube

Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menerusi Dana Peduli, Kemanusiaan, Prihatin (PKP) Siti Nurhaliza mengambil inisiatif untuk membantu pejuang barisan hadapan dan orang ramai yang terkesan dengan situasi penularan wabak Covid-19 dalam negara.

Siti berkata, sebagai permulaan, pihaknya iaitu Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn. Bhd. mensasarkan pengumpulan dana untuk keperluan segera dalam kategori Peduli sebanyak RM50,000.

Perjuangan kita menentang penularan wabak Covid-19 masih belum berakhir. Masih banyak yang perlu kita lakukan, kerajaan juga telah mengumumkan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan untuk membendung lonjakan kes-kes baru. 

Justeru, Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn. Bhd. mengambil inisiatif untuk membantu para pejuang barisan hadapan dan orang ramai yang terkesan dengan situasi ini melalui pengumpulan Dana Peduli, Kemanusiaan, Prihatin (PKP) Dato’ Sri Siti Nurhaliza.

Siti Nurhaliza Lancar DANA PKP SITI NURHALIZA, Berhibur Sambil Menderma di Youtube
Secara ringkasnya, dana ini dinamakan Dana P.K.P Siti Nurhaliza.

Menurut penyanyi 7 Nasihat itu, objektif penubuhan dana itu secara ringkasnya terdiri daripada Peduli, Kemanusiaan dan Prihatin.

Penonton di YouTube boleh menderma dengan cara membuat imbasan Kod QR (QR Code) dan Siti akan menghiburkan mereka dengan nyanyian lagu-lagu pilihannya.

Selain itu, platform Kitafund dibina bagi memupuk nilai murni untuk menderma di samping memudahkan orang ramai untuk menyumbang dalam talian tanpa ragu-ragu.

Tentang DANA PKP SITI NURHALIZA

Dana ini, Objektifnya Dibahagikan Mengikut Kategori iaitu:

1. PEDULI- Membantu menyediakan keperluan dan peralatan di pusat-pusat perubatan yang terlibat menangani Covid19. Bantuan ini akan disalurkan seberapa segera apabila dana mencukupi bagi penyediaan PPE, topeng muka, sarung tangan dan peralatan-peralatan lain.

2. KEMANUSIAAN- Membantu individu dan keluarga yang terjejas pendapatan. Bantuan kepada keluarga yang terjejas pendapatan di samping itu mempunyai anggota keluarga OKU atau penyakit kronik.

3. PRIHATIN- Bantuan khusus sempena bulan Ramadan dan Syawal kepada golongan yang tidak berkemampuan serta badan-badan kebajikan.

Sebagai langkah permulaan, kami mensasarkan pengumpulan dana untuk keperluan segera dalam kategori Peduli iaitu sebanyak RM50,000. Jumlah sasaran ini akan dinaikkan dan berterusan memandangkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan serta banyak jenis bantuan akan disalurkan.

Kami yakin, bantuan kita semua akan dapat membantu perjuangan kita menentang Covid-19 sekarang. Terima kasih Malaysia. #KitaJagaKita.

Siti Nurhaliza Lancar DANA PKP SITI NURHALIZA, Berhibur Sambil Menderma di Youtube

Dato’ Siti Nurhaliza juga akan menjayakan Youtube Live P.K.P Siti Nurhaliza di saluran youtube Siti Official Video pada 19 April 2020, bermula jam 2.30 petang.

Para penonton youtube boleh menderma dengan cara membuat imbasan Kod QR (QR Code) dan Siti akan menghiburkan mereka dengan nyanyian lagu-lagu pilihannya.

*Untuk kempen bencana alam dan kecemasan (seperti Covid-19), Kitafund tidak mengenakan caj 5% fi untuk platform. Fi yang perlu dibayar adalah fi payment gateway yang akan ditolak dari jumlah keseluruhan terkumpul kempen. Apabila seorang penderma menyumbang di kempen, payment gateway fees yang dikenakan adalah:

Razer (Molpay): RM1/transaction

Paypal: 3.9% + RM2/transaction

E-wallet (Grabpay, boost, TnG): 1.4%

Cara Untuk Menyumbang Ke Kempen Ini

1. Tekan butang “Sponsor”

2. Nyatakan jumlah dana yang ingin diberikan

3. Pilih cara pembayaran (Online Banking atau Debit/Credit Card/Paypal).

4. Berikan e-mel untuk menerima resit dan kemas kini dari kempen ini

5. Tekan butang “Sponsor”

6. Teruskan dengan membuat pembayaran di laman seterusnya.

7. Anda akan di kembalikan ke laman ini selepas membuat sumbangan anda. Sumbangan anda akan direkod di sini juga.

Platform Kitafund dibina bagi memupuk nilai murni untuk menderma disamping memudahkan orang ramai untuk menyumbang di atas talian (online) tanpa ragu-ragu.

Bagi warganegara Malaysia yang berhasrat untuk menyumbang, anda boleh layari laman web rasmi Kitafund di www.kitafund.com dan pilih kempen ‘Dana P. K. P Siti Nurhaliza’. Bagi memudahkan pencarian kempen, anda juga boleh memasukkan kata kunci ‘siti nurhaliza’.

Seterusnya, klik butang Sumbang dan pilih cara pembayaran samada menggunakan Perbankan Atas Talian (Online Banking), Kad Kredit/Debit/PayPal, ataupun E-Wallet (Boost/GrabPay/Touch ‘n Go).

Bagi yang berhasrat untuk menyumbang tetapi menetap diluar Malaysia, anda boleh memilih PayPal sebagai mod pembayaran.

What do you think?

53 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Lizzy Mahu Kahwin, Tapi Tak Bersedia Miliki Anak

Astro Lancar INDAHKAN SENYUMAN, ERATKAN JALINAN Sempurnakan Ramadan Raya 2020